Alor Gajah, Melaka 4 September 2026 (Jumaat) - Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 melabuhkan tirainya setelah berkampung di Kem Permata Resort, Alor Gajah Melaka bermula 1 September hingga 4 September 2026.
Kem Rakan Muda merupakan suatu program yang diinspirasikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang bertujuan membentuk belia yang mempunyai ciri Belia MADANI merangkumi nilai kemanusiaan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan tanggungjawab sosial melalui aktiviti berpasukan dan kepimpinan santai di peringkat rakan sebaya mahupun peringkat komuniti.
Program kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berusaha Puan Fadhilah binti Ahmad, Pengarah Cawangan Pembangunan Potensi, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara sekaligus merasmikan majlis penutup program tersebut.
Program ini telah menarik penyertaan seramai 40 orang peserta dari seluruh Negeri Sembilan yang mana terbahagi kepada 20 orang peserta lelaki dan 20 orang peserta perempuan.
Semoga pelaksanaan Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 ini diharap dapat melahirkan kumpulan belia yang lebih berkeyakinan, berdisiplin serta mampu membuat keputusan secara matang dan berhemah.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #jbsn9
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
