PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA (SOSIAL & PASCA BENCANA) SIRI 1 DAERAH REMBAU 2026

REMBAU, 27 Ogos 2026 (Khamis) – Program Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda (Sosial & Pasca Bencana) Siri 1 Daerah Rembau 2026 telah dilaksanakan menerusi Kursus Asas Pertolongan Cemas bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Daerah Rembau dengan kerjasama rakan strategik, Angkatan Belia MFLS Cawangan Negeri Sembilan.
Program yang menyasarkan seramai 30 peserta ini berjaya mencatatkan penyertaan 37 orang belia, sekali gus menunjukkan sambutan yang menggalakkan. Peserta terdiri daripada pelajar dan belia dari SMK Dato’ Sedia Raja, SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Kolej Komuniti Rembau, IKTBN Chembong dan TVET MARA Rembau.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai asas pertolongan cemas serta meningkatkan kemahiran, keyakinan dan kesiapsiagaan belia dalam menghadapi situasi kecemasan. Peserta turut didedahkan kepada peranan sukarelawan dalam membantu masyarakat, khususnya ketika berdepan situasi sosial dan pasca bencana. Pengisian secara teori dan praktikal telah dikendalikan oleh Encik Arfazal bin Musa dan Encik Md Faez bin Mohd Razi daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Rembau.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau. Turut hadir Cik Nur Adibah binti Mohd Mazalan, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat KEMAS Daerah Rembau dan Encik Razman bin Ishak, Tenaga Pengajar TVET MARA Rembau.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada APM Daerah Rembau, Pejabat KEMAS Daerah Rembau, Angkatan Belia MFLS Cawangan Negeri Sembilan, institusi pendidikan yang terlibat, pegawai pengiring serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam membentuk sukarelawan Rakan Muda yang berkemahiran, prihatin dan sentiasa bersedia berbakti kepada masyarakat.
“Rakan Muda Prihatin, Sukarelawan Bersedia, Masyarakat Terbela.”
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
#jbsns9
#yakinboleh
#PBSDRembau
YBM Taufiq Johari
YBTM Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search