- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 10
SESI TIMBANGAN AKHIR PROGRAM BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026
PAROI, 3 Oktober 2026 – Program Biggest Loser Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 melabuhkan tirai hari ini selepas berlangsung sebanyak 18 siri program intervensi yang memberi penekanan kepada aktiviti fizikal, kecergasan serta pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta. Pogram dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang disertai oleh para peserta dalam suasana penuh bertenaga dan meriah bagi menyemarakkan semangat dan motivasi peserta sebelum sesi penentuan.
Kemuncak program diteruskan dengan sesi timbangan akhir yang diselaraskan sepenuhnya oleh Herbalife. Sesi ini menjadi detik penting bagi menilai pencapaian peserta selepas melalui pelbagai aktiviti dan intervensi sepanjang 18 siri program. Ia juga turut menjadi ruang kepada peserta untuk melihat hasil usaha, disiplin dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh penyertaan yang bermula Mei 2026 lepas.
Program Biggest Loser bukan sekadar pertandingan untuk menurunkan berat badan semata-mata malah ia menjadi platform dalam membentuk kesedaran, motivasi dan amalan gaya hidup lebih aktif serta sihat secara berterusan dan konsisten. Setiap siri yang dilalui menjadi ruang kepada peserta membina rutin baharu melalui aktiviti fizikal, penjagaan pemakanan dan sokongan secara berkumpulan.
Sebagai penghargaan atas komitmen dan pencapaian peserta, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diadakan bersempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Sembilan pada 10 Oktober 2026. Penyampaian tersebut bakal menjadi kemuncak penghargaan kepada peserta yang telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan sepanjang menyertai program. Semoga perubahan yang dibina sepanjang program ini dapat diteruskan sebagai satu amalan dalam kehidupan seharian.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#jbsnkomited
#biggestloser
#loseweightjourneychallenge
#herbalife
#roadtohsn2026
#malaysiamadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
Rakan Muda
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 10
