*PROGRAM MADANI KITA (PMK) @ KOMBES ANJURAN JAPEN TAHUN 2026*

KOMBES, 03 Oktober 2026, - Telah berlangsung Program Madan Kita (PMK) di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Penganjuran program ini menjadi platform kepada komuniti setempat untuk mendapatkan perkhidmatan dan konsultasi yang disediakan oleh pihak kerajaan secara lebih dekat dan memudahkan bagi komuniti setempat mendapatkan perkhidmatan segera.
Pelbagai agensi yang menawarkan perkhidmatan di PMK ini antaranya, perkhidmatan menukar topi keledar, menukar Al-Quran, saringan kesihatan, pemeriksaan gigi, kaunter bergerak Jabatan Pendaftaran, pengurangan bayaran Majlis Bandaraya Seremban dan juga jualan rahmah. JBS Negeri Sembilan juga bersama-sama menyediakan perkhidmatan komuniti warga Paroi terutamanya golongan rakan muda dan belia. JBSN9 bersama 3 agensi iaitu Akademi Penbangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson, Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROY) Zon Selatan dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyediakan perkhidmatan dalam pembangunan kepimpinan diri dan kesukarelawanan selaras dengan peranan dan tanggungjawab jabatan. Pelbagai aktiviti seperti pop quiz, mari mencuba penalty shoot, taklimat pendidikan TVET, slot pendaftaran pertubuhan belia dan banyak lagi disediakan kepada pengunjung.
Ybrs.Timb.Ketua Pengarah, Jabatan Perdana Menteri, En Mohd Sabri, Pengarah JAPEN N9 dan Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBSN9 telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Madani Kita bertempat di Pentas Utama KOMBES. JBSN9 juga telah menyempurnakan Gimik Pre-launching Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 pada 10.10.2026 bersama-sama hadirin dan hadirat bagi menyemarakkan lagi promosi gaya hidup sihat dan berbudaya sukan. Diharapkan penganjuran Program MADANI Kita ini dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti komuniti yang menyatukan masyarakat pada masa akan datang. PMK akan diteruskan di KRM Kuala Pilah anjuran JAKIM pada 11 Oktober 2026. Jumpa disana.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#apbmpd
#iktbnchembong
#rakanmuda
#malaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search