KUNJUNG HORMAT PAKAT AMPANGAN KE JBS NEGERI SEMBILAN

PAROI 22 September ; Telah berlangsung sesi kunjung hormat Pertubuhan Kebajikan Am Taman Dato' Wan (PAKAT) Ampangan ke JBS Negeri Sembilan bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, JBS Negeri Sembilan. PAKAT merupakan Pertubuhan yang menjaga kebajikan dan kesejahteraan penduduk bagi Taman Dato' Wan, Taman Seri Landak, Taman Bukti dan Surau Taman Dato' Wan Ampangan. Kunjung hormat PAKAT ini diketuai oleh YBhg. Dato' Dr Hj. Zainal Ariffin bin Omar selaku Pengerusi bersama 2 ahli Jawatankuasanya hadir ke JBS N9 bertujuan membincangkan permohonan pengalihan pagar KOMBES yang berada di persempadanan Surau Taman Dato' Wan Ampangan. Manakala JBSN9 diketuai oleh Pengarah Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin bersama Encik Azharizal bin Santib, Pen.Pengarah dan Encik Azmee Amar Azwan bin Mostapa, Pegawai Pembangunan JBSN9 serta para pegawai lain dalam sesi kunjung hormat tersebut. Selain itu, pihak PAKAT juga membuka ruang kepada JBSN9 untuk bekerjasama dalam penganjuran acara yang melibatkan sasaran penyertaan belia beliawanis dan veteran di Taman Dato' Wan. Semoga dengan kunjung hormat seperti ini akan mempereratkan dan memperkukuhkan jaringan silaturrahim antara JBSN9 dan komuniti sekitarnya.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#menggerakmalaysiamadani
#kunjunghormat
#kombesparoi

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search