- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 7
*PROGRAM MADANI KITA (PMK) @ LABU TAHUN 2026*
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 7
NILAI, 26 September 2026, - Telah berlangsung Program Madan Kita (PMK) di Dewan Orang Ramai Desa Cempaka, Nilai, Seremban, Negeri Sembilan. Penganjuran program ini menjadi platform kepada komuniti setempat untuk mendapatkan perkhidmatan dan konsultasi yang disediakan oleh pihak kerajaan secara lebih dekat dan memudahkan bagi komuniti setempat mendapatkan perkhidmatan segera.
Pelbagai agensi yang menawarkan perkhidmatan di PMK ini antaranya, perkhidmatan menukar topi keledar, menukar Al-Quran, saringan kesihatan, pemeriksaan gigi, kaunter bergerak Jabatan Pendaftaran, pengurangan bayaran Majlis Bandaraya Seremban dan juga jualan rahmah. JBS Negeri Sembilan juga bersama-sama menyediakan perkhidmatan komuniti Desa Chempaka terutamanya golongan rakan muda dan belia. JBSN9 bersama 3 agensi iaitu Akademi Penbangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson, Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROY) Zon Selatan dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyediakan perkhidmatan dalam pembangunan kepimpinan diri dan kesukarelawanan selaras dengan peranan dan tanggungjawab jabatan. Pelbagai aktiviti seperti pop quiz, mari mencuba penalty shoot, taklimat pendidikan TVET, slot pendaftaran pertubuhan belia dan banyak lagi disediakan kepada pengunjung.
Ybrs. Tuan Mohd Hisyamuddin bin Ghazali, Ketua Pengarah, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Kementerian Komunikasi bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Program Madani Kita di Labu. Diharapkan penganjuran Program MADANI Kita ini dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti komuniti yang menyatukan masyarakat pada masa akan datang. PMK akan diteruskan di Felda Palong 456 pada 27 September 2026. Jumpa disana.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#apbmpd
#iktbnchembong
#rakanmuda
#malaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
