*PROGRAM MADANI KITA (PMK) @ PALONG 6 : MEMAKNAI HARAPAN RAKYAT*

JEMPOL, 27 September 2026, - Telah berlangsung Program Madan Kita Edisi Palong bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Felda Palong 6, Jempol, Negeri Sembilan. Penganjuran program ini menjadi platform terbaik kepada komuniti setempat untuk mendapatkan perkhidmatan dan konsultasi yang disediakan oleh pihak kerajaan secara terus dan lebih dekat dalam memudahkan bagi komuniti setempat mendapat akses perhidmatan jabatan kerajaan.
Pelbagai agensi yang menawarkan perkhidmatan di program ini antaranya, perkhidmatan menukar topi keledar, menukar Al-Quran, saringan kesihatan, pemeriksaan gigi, kaunter bergerak Jabatan Pendaftaran, pengurangan bayaran kompaun dan juga jualan rahmah. JBS Negeri Sembilan juga bersama-sama menyediakan perkhidmatan komuniti Palong 6 dan gugusan felda palong berdekatan terutamanya golongan rakan muda dan belia. JBSN9 telah menyediakan perkhidmatan dalam pembangunan kepimpinan diri dan kesukarelawanan selaras dengan peranan dan tanggungjawab jabatan. Pelbagai aktiviti seperti taklimat ringkas DSK dan GPS, sesi pop quiz, mari mencuba penalty shoot, dan banyak lagi disediakan kepada pengunjung.
Turut hadir YB Dato' Seri Utama Aminuddin bin Haron, Ahli Parlimen Port Dickson wakil rasmi YAB Perdana Menteri, Ybhg. Datuk Hishamudin bin Mohd Sujak, Penyelaras Seranta FELDA (Komuniti) JPM, SUB Badan Kawal Selia Felda (BKSF) JPM bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program Madani Kita (PMK) di Palong 6. Diharapkan penganjuran Program MADANI Kita ini dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti komuniti yang menyatukan masyarakat pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua pegawai JBSN9 yang bersama-sama untuk menyediakan booth yang menarik dengan pelbagai cenderahati. Semoga berjumpa kembali di KOMBES Paroi pada 03 Oktober 2026 untuk PMK seterusnya.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#apbmpd
#iktbnchembong
#rakanmuda
#malaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search