- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 14
HARI CUCI MALAYSIA 2026: JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN BERSAMA MEMBUDAYAKAN KEBERSIHAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 14
PAROI | 26 September 2026 – Semangat gotong-royong, kebersamaan dan keprihatinan terhadap kebersihan warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) terserlah menerusi penyertaan dalam Hari Cuci Malaysia (HCM) 2026 yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada hari ini. Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan (KOMBES), Paroi, program ini menghimpunkan pegawai dan kakitangan daripada Ibu Pejabat JBSNS dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban serta KOMBES bagi menjayakan aktiviti gotong-royong dan pembersihan di sekitar kompleks.
Program dimulakan seawal 7.30 pagi dengan sesi pendaftaran dan ketibaan peserta, diikuti aktiviti Senamrobik dan Zumba sebelum warga kerja JBSNS bersama-sama turun padang bagi menjayakan aktiviti gotong-royong bermula pada jam 9.00 pagi. Antara kawasan yang diberi perhatian termasuk lobi KOMBES, tandas OKU, Pantri, kawasan sekitar kompleks serta ruang dan kawasan bertugas masing-masing. Aktiviti yang dilaksanakan bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan keceriaan persekitaran, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh semangat kerja berpasukan di kalangan warga kerja JBSNS.
Hari Cuci Malaysia 2026 yang diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini dilaksanakan secara mega dan bersepadu dengan penglibatan pelbagai pihak. Sebanyak 469 lokasi di seluruh negara terlibat dalam pelaksanaan program ini dengan sasaran penyertaan seramai 200,000 orang peserta. Penyertaan JBSNS dalam HCM 2026 mencerminkan komitmen warga jabatan dalam menyokong usaha membudayakan kebersihan sebagai tanggungjawab bersama. Amalan menjaga kebersihan bukanlah sekadar dilaksanakan ketika program gotong-royong berlangsung, sebaliknya perlu diterapkan secara berterusan sebagai satu budaya dalam kehidupan serta persekitaran kerja seharian.
Bersih persekitarannya, ceria suasananya, erat kebersamaannya. JBSNS terus komited bersama-sama membudayakan kebersihan demi mewujudkan persekitaran yang lebih selesa, sihat dan kondusif.
#HCM2026
#HariCuciMalaysia2026
#JBSNegeriSembilan
#JBSNS
#KOMBESParoi
#TeamKBS
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#RakanMuda
#RakanBumi
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
