Peringkat ke-6 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026

REMBAU, 02 Oktober 2026; Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah bersama-sama menyertai Peringkat ke-6 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 bertempat di Pejabat Daerah Rembau. Peringkat ini bermula dari Pandan Indah ke Rembau telah berlangsung penuh sengit dan mencabar dengan persaingan pelumba-pelumba terbaik perlumbaan. Saingan peringkat berlangsung dalam keadaan cuaca panas terik dan laluan berbukit yang telah memakan masa lebih kurang 4 jam dengan jarak laluan 121.3km.
Saingan Peringkat ke-6 LTdL 2026 ini telah dimeriahkan ialah kehadiran YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan diiringi Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin dan pegawai-pegawai KBS dan JBS Negeri Sembilan. Mateo Malucelli dari XDS Astana Team terus mencuri tumpuan apabila mengekalkan penguasaan SEA Games & Para ASEAN 2027 Blue Jersey selaku Raja Pecut. Saingan Peringkat Ke-7 akan diteruskan ke Melaka dan Johor serta akan menamatkan saingan LtdL dari Muar ke Putrajaya pada 04 Oktober 2026 depan. Penganjuran LtdL telah mencapai 30 tahun dan ia adalah acara tahunan yang sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga kita akan berjumpa lagi pada edisi akan datang.
#HariSukanNegara
#SukanSEA2027
#TeamMAS
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#letourdelangkawi
#LTdL2026
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
Rakan Muda

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search