29 Ogos 2026 - Program Kayuhan Merdeka Jelajah Negeri Sembilan 2026 telah dirasmikan pelepasannya bertempat di Kompleks Arena Tampin oleh Puan Suriani binti Salihan, YDP Majlis Daerah Tampin bersama Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan dan diiringi Encik Azharizal bin Santib dan Encik Saiful Adli bin Hj Abd Wahab, Presiden Persatuan Berbasikal Tampin (TCA). Program ini adalah Calendar of Event (CoE) TMNS di bawah Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan 2026. Seramai 90 orang peserta kayuhan telah bersama-sama dalam kayuhan 3 hari bermula Kompleks Arena Tampin ke Kompleks Rakan Muda Jempol. Kayuh Merdeka ini turut dibantu oleh PDRM N9 menerusi Unit Kawalan Trafik, Team JBS N9, Lori JKR N9, Bas IKTBN Chembong, 30 petugas marshal dan lain-lain agensi yang terlibat. Sebanyak 10 Check Point (CP) yang menarik dikunjungi sepanjang laluan kayuhan hari pertama termasuklah Durian Eco Lodge Tampin, Stesen Keretapi Lama GEMAS, Tugu Peringatan Perang dan Laman Rendang Maman sebagai simbolik keunikan Daerah Tampin. Adalah diharapkan semua peserta sentiasa menjaga tahap kesihatan masing-masing dan memberikan kerjasama penuh kepada urusetia bertugas..Sambung pada hari kedua kayuhan dari Jempol ke Seremban.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#KayuhanMerdeka
#tmns2026
#menggerakbeliamadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
Rakan Muda
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 7
