- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
PROGRAM KEUSAHAWANAN BELIA BESTARI (B-BEST) @ RAKAN NIAGA KURSUS ASAS KEMAHIRAN BARISTA DAN BAIK PULIH TELEFON BIMBIT PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
Kuala Pilah, 21 Ogos 2026- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Coffee Depot Supplies dan Thedg Enterprises telah selesai melaksanakan Program Keusahawanan Belia Bestari (B-Best) @ Rakan Niaga Kursus Asa Kemahiran Barista dan Baik Pulih Telefon Bimbit Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 dengan jayanya.
Antara tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan peluang keusahawanan, latihan dan sokongan pembangunan perniagaan yang ditawarkan oleh pihak industri serta meningkatkan keyakinan diri dan memberi peluang penjanaan pendapatan melalui kemahiran yanh telah dipelajari.
Majlis Perasmian Penutup serta penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Semoga usaha dan inisiatif yang dilaksanakan ini dapat membantu golongan belia khususnya dalam menggalakkan kegiatan ekonomi yang positif terutama kepada komuniti setempat serta menaik taraf tahap kehidupan belia. Diharapkan juga, segala ilmu yang telah diperolehi dapat disebarluaskan supaya kesinambungan ilmu tersebut dapat diteruskan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #jbsn9
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my
KBSMalaysia
