- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 13
MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN AEROBIC DANCE PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 13
Paroi, 11 Ogos 2026 - Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Sembilan 2026 telah dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat JBS Negeri Sembilan yang telah dipengerusikan oleh YBrs.Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Mesyuarat penyelarasan ini telah dihadiri oleh En Ibrahim selaku Teknikal MAFA, Puan Erni dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pegawai2 dari PPD seluruh Negeri Sembilan dan Pn Rosnani dari Kelab Kecergasan Bahau.
Beberapa perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat ini bagi menyelaras gerak kerja, penyertaan, keperluan logistik, syarat penyertaan dan informasi kepada semua rakan strategik yang terlibat. Terdapat beberapa syor yang diputuskan bersama bagi memastikan pelaksanaan pertandingan akan mencapai sasaran pemyertaan terbaik. Pertandingan yang sepatutnya diadakan pada 23 Ogos 2026 namun terpaksa ditunda kepada 10 Oktober 2026 atas persetujuan bersama.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#rakanmuda
#MenggerakBeliaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
