- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 14
SESI INTERVENSI FIZIKAL BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 14
15 Ogos 2026; Sesi intervensi Program Biggest Loser Negeri Sembilan telah diadakan secara fizikal bertempat di Meta Fitness, Dataran Central Seremban kepada semua peserta program dengan bimbingan jurulatih kecergasan Meta Fitness berpengalaman dengan kerjasama Pegawai Kecergasan Nasional JBS Negeri Sembilan dan Kelab Senam Sihat Anggun (KSSA). Melalui sesi tersebut, pelbagai teknik senaman/pergerakan yang bersesuaian bagi penurunan berat badan dan memberikan satu pengalaman baharu kepada semua peserta. Semoga semua peserta program akan terus istiqamah dalam usaha penurunan berat badan masing-masing dan mencapai berat badan yang ideal. Untuk makluman, program ini akan berlangsung sehingga hujung September depan dan pihak JBS Negeri Sembilan akan menyokong usaha ini bagi mencapai KPI pelaksanaan program.
#TeamKBS #TeamJBSN #teamjbsn9 #MalaysiaMADANI #rakanmuda #MenggerakBeliaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
