- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BIL.2 PROGRAM KAYUHAN MERDEKA JELAJAH N9 2026
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
21 Ogos 2026; Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bil.2 Kayuhan Merdeka Jelajah Negeri Sembilan tahun 2026 telah diadakan dengan dipengerusikan oleh Encik Azharizal bin Santib bagi mewakili Pengarah JBS Negeri Sembilan. Mesyuarat Bil.2 ini diadakan bagi penyelarasan maklumbalas kerjasama dari pelbagai agensi bagi pelaksanaan program kayuhan yang akan berlangsung pada 29 hingga 31 Ogos 2026 depan. Program ini adalah kesimbungan inisiatif Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) dalam mempromosikan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 (TMNS26). Program ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Persatuan Berbasikal Daerah Tampin (TCA) dan ini merupakan edisi ke-4 penganjuran yang akan memberi kenangan menarik kepada peserta kayuhan. Kehadiran dari Ibu Pejabat Polis (IPK) N9, Jabatan Kerja Raya N9, BOMBA, PDT Tampin, MD Tampin, IKTBN Chembong, KV Ampangan dan Pegawai Belia Sukan Daerah-Daerah dan juga En Saiful Adli dari TCA. Jutaan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang telah hadir dan diharapkan agar pelaksanaan program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar.
#TeamKBS #TeamJBSN #teamjbsn9 #rakanmuda #MenggerakBeliaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
