BAHAU , 5 Januari 2026 - Telah berlangsung KLAS Renang Fasa 3 bagi Daerah Jempol. Daerah Jempol dipilih sekali lagi bagi fasa ini agar masayarakat terutamanya di peringkat akar umbi dalam kalangan B40 di sekitar Jempol. Program ini dianjurkan bagi mencungkil bakat baru disamping membudayakan sukan renang sebagai salah satu aktiviti yang sihat serta dapat membantu mengurangkan risiko kematian akibat lemas. Majlis penyerahan sijil dan penutupan program disampaikan oleh Encik Nor Rashidi bin Ramdzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol. Turut hadir bersama dalam program ini ialah En. Ravivarma Sanmugam, Presiden Persatuan Finswimming Negeri Sembilan Diharapkan dengan pelaksanaan program ini dapat mencapai objektif penganjuran seperti yang dirancang. #JBSNBersama #JBSNSembilan #MalaysiaMadani #KLASRENANGNegeriSembilan
PORT DICKSON , 5 Januari 2026 - Telah berlangsung KLAS Renang Fasa 3 bagi Daerah Port Dickson. Pada Fasa 3 tahun 2025 ini, Daerah Port Dickson kali pertamanya dipilih untuk menjalani program ini bagi kategori B40 yang berumur 7 hingga 13 tahun. Seramai 80 orang peserta terlibat mengikuti program ini yang dijalankan selama 6 sesi di dua tempat yang berbeza iaitu di Sekolah Seri UCSI dan Yacht Club, Royal Port Dickson. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari mesyarakat sekitar. Antara faktor ramai yang menggemari program ini adalah disebabkan Daerah Port Dickson terkenal dengan sukan air dan kawasan dikelilingi dengan laut dan pantai. Majlis penyerahan sijil dan penutupan program disampaikan oleh Encik Mohd Azam bin Zakaria, Pembantu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Turut hadir bersama dalam program ini adalah En. Kavin, (Sports Co-odinator) Sekolah Sri UCSI, En. Michael Tan Kian Ming, Vice President , Royal Port Dickson Yacth Club dan En. Ravivarma Sanmugam, Presiden Persatuan Finswimming Negeri Sembilan Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat mencapai objektif penganjuran serta membudayakan sukan renang sebagai salah satu aktiviti yang sihat dan dapat membantu mengurangkan risiko. #JBSNBersama #JBSNSembilan #MalaysiaMadani #KLASRENANGNegeriSembilan
PAROI, 28 Disember 2025 – Kejohanan NS Futsal Challenge 2025 kategori lelaki dan wanita telah berlangsung dengan meriah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Kejohanan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan ini mendapat sambutan yang sangat baik dan telah disertai oleh 26 pasukan lelaki dan 14 pasukan wanita. Sepanjang kejohanan, para peserta mempamerkan semangat kesukanan serta tahap permainan yang kompetitif. Pertandingan berlangsung dengan lancar dan mendapat sokongan padu daripada penonton serta penyokong pasukan masing-masing. Pasukan yang menjadi Johan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500, diikuti Naib Johan sebanyak RM1,000. Tempat Ketiga dan Keempat masing-masing menerima RM750. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syariffuddin Bin Sarmin bersama Ahli Jawatankuasa Futsal, Wanita & Bola Sepak Pantai PBNS, Encik Jamsari Bin Mohamad. JBSNS dan PBNS menzahirkan penghargaan kepada semua pasukan, pegawai teknikal serta pihak penganjur atas komitmen dan kerjasama menjayakan kejohanan tersebut. Kejohanan ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam mencungkil bakat baharu serta memperkukuhkan pembangunan sukan futsal di Negeri Sembilan.
KOLAM RENANG PAROI, 24 Disember 2025 - Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Kanak- kanak B40 (6 – 12 Tahun) telah melabuhkan tirai bagi Siri 1/11 bagi Fasa 3 tahun 2025. Majlis penyerahan sijil ini disampaikan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah JBS Negeri Sembilan dengan kehadiran 40 orang peserta. Bagi Fasa 3 ini, Negeri Sembilan menerima 11 program iaitu 8 program kategori B40, 2 program kategori warga emas dan 1 program bagi kategori OKU. Program ini bukan sekadar melatih kemahiran asas sukan, malah menjadi platform untuk peserta membina keyakinan diri serta memberi peluang yang sama rata kepada peserta. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program ini sehingga mencapai objektif yang dihasratkan. #JBSNSembilan #JBSNBersama #MalaysiaMADANI #KLASRenangNegeriSembilan
21 DISEMBER 2025, VELOCITY MALL, KUALA LUMPUR - Tirai pertandingan Cheerleading Peringkat Kebangsaan akhirnya di dilabuhkan dengan menyaksikan sebanyak 13 Negeri bertanding bagi ketegori Level 0 dan Level 1. Walaupun Negeri Sembilan tidak berjaya membawa pulang medal namun semangat pasukan tidak luntur dan akan cuba yang terbaik di masa akan datang. Rata-rata semua peserta berpuas hati atas prestasi yang ditunjukkan dalam acara ini kerana dengan hanya 4 kali sesi latihan sahaja mereka dapat melaksanakan dengan sangat baik. Diharapakan pertandingan ini akan diadakan lagi di masa akan datang bagi mempromosikan Sukan Cheerleading dikalangan masyarakat Malaysia. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Puan Azura binti Abidin. Turut hadir sama memberi sokongan kepada Team Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syariffudin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan. #JBSNSembilan #JBSNBersama #MalaysiaMADANI #Cheerleading2025
21 Disember 2025 , UiTM Shah Alam - Sekalung tahniah diucapkan buat kontinjen Negeri Sembilan atas kejayaan yang diraih sebagai pemenang Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2025 Persaingan bagi tahun ni agak sengit dengan menyaksikan 8 pasukan yang berentap di Peringkat Akhir dan berikut merupakan senarai keputusan: KATEGORI DEWASA (SENIOR)* Johan: W.P. Kuala Lumpur (14.40) Naib Johan: Johor (14.20) Ketiga: Selangor (13.80) 4. Perak – 12.80 5. Negeri Sembilan – 12.20 *KATEGORI REMAJA (JUNIOR)* Johan: Kelantan (12.40) Naib Johan: Johor (12.00) Ketiga: Negeri Sembilan (11.50) 4. Selangor – 11.40 5. W.P. Labuan – 11.30 Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Puan Azura binti Abidin. Turut hadir sama memberi sokongan, Encik Ahmad Syariffudin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan Tahniah kepada Pasukan Eclipse dan Bear Titans yang mewakili Negeri Sembilan. Terima kasih juga kepada Persatuan Senamrobik Negeri Sembilan yang tidak jemu membantu dalam sesi latihan. #JBSNSembilan #JBSNBersama #MalaysiaMADANI #AerobicDance2025
20 Disember 2025, Sabtu - Negeri Sembilan akhirnya berjaya menempah tiket ke peringkat akhir bagi kedua-dua kategori ke Pertandingan Aerobic Dance 2025. Kategori Remaja : Perwiraku Kategori Dewasa : God of The Sea Pertandingan ini diadakan di Pusat Sukan UiTM Shah Alam dengan menyaksikan 12 Pasukan berentap daripada 12 Negeri. Hanya 8 negeri terpilih untuk mara ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 21 Disember 2025 (Ahad). Turut hadir memberi sokongan dalam pertandingan ini iaitu Pn Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah JBS Negerj Sembilan. Ayuh Berjuang Team Negeri Sembilan #JBSNSembikan #JBSNBersama #MalaysiaMADANI #AerobicDance2025
Port Dickson, 11 Disember - Program Senaman Warga Emas Aktif 2025 Daerah Port Dickson (Siri 10) telah berlangsung meriah dengan kehadiran warga emas dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Telok Kemang dan sekitarnya bertempat di Balai Raya Rumah Rakyat Peringkat 3, Telok Kemang hari ini. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama rakan strategik Kelab Sukan Rekreasi Teluk Kemang dan rakan pelaksana Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Pekan Telok Kemang. Aktiviti pilihan untuk senaman warga emas pada edisi terakhir ini ialah Chairobics (senaman kerusi) yang telah dikendalikan oleh Zin Zarina Harun dan Zin Awiyah Mohammad, Instruktor Kecergasan bertauliah KBS dari KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA). Senaman kerusi ini lebih sesuai bagi golongan yang mempunyai mobiliti terhad seperti warga emas atau sesiapa sahaja yang sukar mengekalkan keseimbangan kerana ianya berimpak rendah yang menggunakan kerusi sebagai asas sokongan utama. Aktiviti senaman chairobics ini sangat bermanfaat dan selamat untuk membantu meningkatkan kekuatan fizikal, fleksibiliti, kardiovaskular dan kesihatan jantung tanpa memikirkan risiko jatuh atau tidak stabil. Sejajar dengan objektif aktiviti ini adalah untuk melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat dan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga emas dengan organisasi belia dan sukan serta masyarakat mahupun penggiat kecergasan komuniti. Selain itu, aktiviti ini dapat menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Turut hadir bersama dalam program ini ialah Puan Hajah Rosnani Abd Wahab, Pengerusi KRT Telok Kemang, Encik Jamaludin Sulaiman, Ketua GB4B (M) Cawangan Pekan Telok Kemang merangkap Bendahari Kelab Sukan Rekreasi Teluk Kemang serta Puan Siti Alifah Hamzah dan Encik Mohd Azam Zakaria dari PBSD Port Dickson. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamUnitSukan #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #RakanAktif #GB4BCawanganPekanTelokKemang #KEFAAerofittSportsClub
JELEBU, 11 DISEMBER - Telah berlangsung Senaman Warga Emas Aktif 2025 Daerah Jelebu Siri 10 bertempat di Perpustakaan Jelebu dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas Jelebu Objektif aktiviti ini adalah untuk melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat dan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat mahupun penggiat kecergasan komuniti. Akhir sekali, aktiviti ini menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Diharapkan dengan pendekatan yang diambil ini dapat mencapai hasrat YB Menteri Belia dan Sukan untuk masyarakat warga emas. #JBSN #JBSN9 #PBSDJelebu #MalaysiaAktif