KUNJUNG HORMAT PENGARAH SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM) NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 23 Jun 2026- Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin telah menerima kehadiran Encik Radiatul Fitri bin Dollah, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Sembilan bersama barisan pegawai SKM yang turut serta kunjungan tersebut. Dalam perjumpaan ini, kedua-dua Jabatan saling berkongsi pandangan dan idea dalam memastikan peranan dan tanggungjawab selaku stakeholder kepada golongan belia Negeri Sembilan terlaksana dengan adanya pelbagai inisiatif-inisiatif yang ditawarkan. Selain itu, perbincangan turut menjurus kepada hasrat untuk mengadakan kerjasama bagi melahirkan generasi belia mempunyai minat dalam pengurusan koperasi sendiri dan menjadikan koperasi sebagai core business mereka.. Semoga kerjasama ini akan terus berkembang dan membawa seribu kebaikan kepada semua belia di Negeri Sembilan. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search