KURSUS ASAS PENTERNAKAN KAMBING AGROBELIA LESTARI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026

Jempol, 19 Jun 2026- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan telah berjaya melaksanan Kursus Asas Penternakan Kambing Agrobelia Lestari Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026. Antara tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk memperkasa belia dengan menggalakkan penglibatan dalam projek agromakanan sebagai sumber pendapatan dan peluang penciptaan pekerjaan di komuniti setempat. Majlis Perasmian Penutup serta penyampaian sijil telah disempurnakan Puan Siti Farida binti Azhar, pegawai pemantau, mewakili Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Semoga usaha dan inisiatif yang dilaksanakan ini dapat membantu golongan belia khususnya dalam menggalakkan kegiatan ekonomi yang positif terutama kepada komuniti setempat serta menaik taraf tahap kehidupan belia. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #jbsn9 Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Rakan Muda belia.my
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search