- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 2
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝟕𝐄𝐕𝐄𝐍 𝐖𝐎𝐍𝐃𝐄𝐑𝐒 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟑.𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐6
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 2
Kg Sungai Talan 20 Jun 2026- Program Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge 3.0 Tahun 2026 : Daerah Kuala Pilah telah berlangsung dengan suasana cukup meriah di Bukit Bujang Lelo, K.Pilah, Negeri Sembilan. Program anjuran Majlis Sukan Negeri (MSN) dengan kerjasama penuh Pejabat Daerah Tanah Kuala Pilah, UiTM Negeri Sembilan Cawangan Seremban 3 dan penglibatan agensi-agensi kerajaan yang lain.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan N9 diiringi Pn Nawal binti Mohamad Amin Pegawai Daerah Kuala.Pilah dan ketua-ketua jabatan negeri di pentas utama. En Ahmad Syariffuddin bin Sarmin turut bersama-sama tetamu kehomat menyantuni para peserta program sehingga program melabuhkam tirainya. PBSD K.Pilah juga menganjurkan Liga Sukan Komuniti (LSK) acara Futsal di Gelanggang Futsal Masjid Sg Talan tersebut..Sebanyak 20 team terlibat dan selesai mengikut perancangan.
Program telah dimulakan dengan senamrobik diikuti taklimat keselamatan oleh JBPM Kuala Pilah kepada kira-kira 1,500 peserta yang mengambil bahagian. Peserta mengharungi cabaran pendakian 450m menuju ke puncak Bukit Bujang Lelo untuk kali ke-3 7even Wonders. Penganjuran program ini bukan sahaja memupuk amalan gaya hidup sihat, malah menjadi platform mengukuhkan hubungan komuniti serta semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.Tahniah kepada semua peserta dan penganjuran kali ini. Teruskan menyokong aktiviti sihat dan aktif. 7even Wonders memang amazing..
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
