PROGRAM EKSPLORASI ALAM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026

21 Jun 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan menerusi Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi telah melaksanakan penganjuran Program Eksplorasi Alam Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Kem Bukit Perjuangan, Kg Chennah, Jelebu..Program ini telah mendapatkan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong dengan menghadirkan seramai 70 peserta yang berlangsung dari 19hb hingga 21hb Jun 2026.. Program telah dimulakan dengan ice breaking, sesi pembinaan pasukan dan sesi pendidikan alam yang telah disampaikan oleh barisan jurulatih KBP dengan suasana ceria dan santai. Peserta juga telah disediakan pengalaman menjamu selera ala hutan dan menyediakan juadah secara berkumpulan..Paling menarik eksplorasi alam edisi ini adalah eksplorasi gua periuk yang telah menguji tahap ketahanan fizikal dan mental kepada semua peserta..Peserta telah bergerak dalam pasukan dan diberikan tugasan masing2..Cabaran juga diberikan dengan menyelusuri sungai untuk sesi water confident dan penyelamatan di air..Jurulatih KBP juga tidak lokek untuk berkongsi pengalaman mereka dan menyajikan beberapa games dan aktiviti sampingan untuk menceriakan suasana..Sebagai penutup, peserta telah mengadakan lawatan dan aktiviti khidmat komuniti di Kg Chennah sebagai seimbolik program..Ini adalah pengisian menarik kepada semua peserta dalam merasai dan memelihara keindahan alam agar ia sebagai satu bentuk pendidikan berguna dan sudah semestinya etika dan komitmen sebagai seorang penggiat sukan rekreasi.. Majlis penutup telah dirasmikan oleh En Mohd Zulhusmi bin Mohd Nor, wakil Pengarah IKTBN Chembong dan diriringi Cik Nur Akmal binti Anuar selaku Pegawai Cawangan Sukan Rekreasi JBS Negeri Sembilan dan En Rosmadi bin Arif selaku Ketua Penghulu KBP..Terima kasih kepada semua jurulatih KBP dan semua pegawai JBSN9 dan IKTBN Chembong yang terlibat dalam melancarkan program eksplorasi alam ini..Adalah diharapkan agar segala onjektif dan pengisian program akan kekal dalam memori semua peserta agar menjadi penggiat belia rekreasi yang berintegriti dan berilmu..InshaAllah, sehingga berjumpa pada lain acara.. #JBSNKomited #teamjbsn9 #MalaysiaMadani #MalaysiaAktif #MenggerakBeliaMadani #TeamKBS #rakanmuda Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search