SESI PITCHING PROGRAM AGROBELIA LESTARI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026

Paroi, 21 Mei 2026- Sesi Pitching Program Agrobelia Lestari Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Sesi ini melibatkan pembentangan idea dan rancangan pelaksanaan projek daripada peserta dalam memperkasa pembangunan agrobelia di Negeri Sembilan. Program ini antara salah satu usaha dalam mengetengahkan idea kreatif, inovatif serta berdaya saing dalam sektor penternakan dan agromakanan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan panel penilai yang telah meluangkan masa serta memberikan penilaian dan pandangan yang membina sepanjang sesi pitching berlangsung iaitu Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan serta Encik Mohd Helmy bin Mahroob, wakil rasmi Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan. Semoga Program Agrobelia Lestari terus menjadi pemangkin kepada pembangunan belia agro yang progresif, mampan dan berdaya maju di Negeri Sembilan. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #TeamJBSNS Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search