- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 4
LENSA HARI TERAKHIR KAYUHAN MERDEKA JELAJAH NEGERI SEMBILAN 2026
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 4
31 Ogos 2026 - Program Kayuhan Merdeka Jelajah Negeri Sembilan 2026 telah meneruskan kayuhan pada hari ketiga bermula Pusat Dakwah Islamiah Paroi menuju ke Dataran Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Program ini adalah Calendar of Event (CoE) TMNS di bawah Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan 2026 yang merupakan acara tahunan bagi merancakkan lagi pelancongan eco tourism. Kayuhan ini akan kembali semula ke Kompleks Arena Tampin sebagai lokasi terakhir dan acara penamat akan dilangsungkan disana. Sebanyak 10 Check Point (CP) hari ketiga kayuhan yang menarik dikunjungi sepanjang laluan termasuklah penyertaan dalam perbarisan sempena Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan 2026, Pedas Waterpark dan Masjid Kampung Bongek. Majlis Penyampaian sijil penghargaan kepada agensi2 yang telah melancarkan program kayuhan tersebut dan sijil penyertaan kepada peserta telah disempurnakan oleh Ybrs. Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan. Turut serta En Azharizal bin Santib da Encik Saiful Adli bin Hj Abd Wahab. Semoga semua peserta mendapat kenangan manis sepanjang laluan kayuhan dan pengalaman menyambut hari kebangsaan 31 Ogos dengan berbasikal..Semoga berjumpa kembali pada edisi akan datang..
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#KayuhanMerdeka
#tmns2026
#menggerakbeliamadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
Rakan Muda
