- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 4
SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA (SB@HBN) TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH JEMPOL
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 4
Jempol, 9 Mei 2026 – Bertemakan ‘Menggerak Belia’, hari ini berlangsungnya program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) Tahun 2026 Peringkat Daerah Jempol bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol. Lebih daripada 700 orang peserta dan pengunjung yang hadir daripada wakil agensi kerajaan , badan - badan NGO , masyarakat setempat dan pelajar-pelajar sekolah sekitar Daerah Jempol bagi memeriahkan sambutan ini. Istimewanya pelaksanaan program ini di daerah Jempol , di sini turut disediakan khidmat Wellness On Wheel anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, Jualan Rahmah oleh KPDN Negeri Sembilan, pameran jentera bomba oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta banyak lagi penglibatan agensi kerajaan dan sebagainya.
Sambutan SB@HBN ini melibatkan 3 Segmen iaitu;
1. Segmen Kebudayaan, Kesenian dan Muzik :
🎙️Pertandingan Karaoke
🎨Pertandingan Mewarna
2. Segmen Malaysia Aktif :
🏋🏼♂️Jom Fit Jempol 8.0
⚽️Kejohanan Futsal Piala Ahli
Parlimen Jempol sempena SB@HBN
🤠 Explorace - Day (kerjasama KKM)
1. Segmen Kepimpinan dan Kesukarelawanan:
👮🏼 Pameran Agensi Beruniform (PDRM,BOMBA,APM,AADK dan KKM Wellness on Wheel)
📕Pendedahan Pelan Pendidikan dari MARA , FELDA dan PTPTN
👶🏼 Ceramah Keibubapaan Progresif
Majlis Perasmian Semarak Belia@ HBN 2026 ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj Shamsulkahar Bin Hj Mohd Deli, Ahli Parlimen Jempol merangkap Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA. Turut hadir memeriahkan majlis ini, En. Ahmad Syariffuddin Bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, En. Nor Rashidi Bin Hj Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Dr. Nor Rumaizah Binti Mohd Nordin Pegawai Kesihatan Daerah II Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, Saudara Mohd Fairos bin Rosli Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, En. Faizal Bin Othman Pengerusi Majlis Belia Daerah Jempol serta ketua - ketua jabatan Daerah Jempol.
Tema ‘Menggerak Belia Madani’ cetusan Kementerian Belia dan Sukan menekankan peranan penting generasi muda sebagai nadi kemajuan negara. Melalui program ini, KBS komited memperkasa kepimpinan dan mengilap potensi anak muda agar sentiasa bersedia mendepani cabaran, sekali gus menjadikan daerah Jempol sebagai pemacu pembangunan negara yang berwibawa dan berdaya saing.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan demi pembangunan belia yang progresif di daerah Jempol.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSNS
#pbsdjempol
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
JBS Negeri Sembilan
