- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) BIL. 1/2026 JPJ NEGERI SEMBILAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
PAROI, 13 Mei 2026 - Program Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) Bil. 1/2026 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah diadakan di Kompleks Belia & Sukan, Paroi, Negeri Sembilan. Seramai 75 orang peserta yang merupakan warga JPJ N9 daripada semua cawangan terlibat dalam program pada kali ini.
Program yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap kecergasan fizikal dan memberi dorongan supaya lebih bermotivasi untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi pegawai dan anggota JPJ. Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Tuan Jasyindar Singh Shindu A/L Jaimal Singh juga turut hadir pada majlis penutup program ini dengan menyampaikan hadiah kepada peserta yang mendapat pencapaian terbaik.
Program ini akan dilaksanakan setiap tahun agar prestasi tahapa kesihatan pegawai dan kakitangan JPJ dapat ditingkatkan bagi memenuhi tanggungjawab yang diberikan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
#TeamJBSNS
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Rahimi Ismail
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
