PROGRAM RHYTHM PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH 2026 BERLANGSUNG JAYA

Kuala Pilah, 12 Mac 2026 – Program RHYTHM (Ritma Kehidupan Harmoni: Sukarelawan Belia dalam Perkhidmatan Kebajikan, Program Sihat Warga Emas) Peringkat Daerah Kuala Pilah 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah. Program tersebut telah menghimpunkan seramai 140 peserta yang terdiri daripada warga emas, sukarelawan belia dan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Antara pengisian utama program ialah taklimat keselamatan, sukaneka warga emas bersama Rakan Muda serta slot asas pertolongan cemas. Program ini dikelolakan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah selaku penganjur utama dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Pilah serta peserta ARPRM Sekolah Sukan Negeri SMK Za’ba Kuala Pilah. Majlis penutupan program dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Noorzunita Begum Mohd Ibrahim selaku EXCO Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah. Turut hadir memeriahkan program ialah Tn. Hj. Muhammad Yusry bin Che Dah, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan; Tn. Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sembilan; Pn. Noraznen binti Borhanudin, Penolong Pegawai Daerah Kuala Pilah; Lt. Muda (PA) Putra Mohd Hud bin Mohd Zaimi, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah; serta Tn. Hj. Mahamad Rasid bin Siad, Pengerusi PAWE Kuala Pilah. Selain itu, program turut mendapat sokongan dan penglibatan aktif daripada pegawai serta sukarelawan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah serta guru pengiring dan pelajar SSN SMK Za’ba Kuala Pilah. Penganjuran program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkukuh hubungan antara generasi, memupuk semangat kesukarelawanan serta mengembangkan nilai kepimpinan, sahsiah dan bakat dalam kalangan belia di daerah ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. #PKMDKualaPilah #JBSNS #PBSDKualaPilah #KompleksRakanMudaKualaPilah #PPDKualaPilah
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search