11 Oktober 2025 (Sabtu)  D’Tempat Country Club, Sendayan  Bermula seawal pagi hingga petang Bersedia untuk hari yang penuh aksi, peluh & semangat kesukanan?  �Ayuh bersama kami di program sukan mega sempena Hari Sukan Negara 2025 dengan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur! #MalaysiaAktif #HSN2025 #NegeriSembilan #TeamKBS #TeamJBSN #teamjbsn9
JEMPOL, 10 Oktober 2025 - Majlis sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 disambut meriah oleh warga Jempol.Kompleks Rakan Muda Jempol menjadi venue utama bagi majlis Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Jempol kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj.Mustapha Bin Nagoor, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Palong dan ADUN Angkat Serting. Seramai 1865 orang termasuk tetamu jemputan, peserta, urusetia, teknikal dan pengunjung telah memeriahkan majlis sambutan ini yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Jempol. Sambutan yang berlangsung ini anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Kelab Kecergasan Bahau dan agensi-agensi kerajaan daerah Jempol seperti Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, Majlis Perbandaran Jempol, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol, Pejabat Kesihatan Daerah Jempol,Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting, sekolah-sekolah dan lain-lain agensi. Turut hadir dalam majlis ini adalah Tuan Amino Bin Agus Pegawai Daerah Jempol , Supt Norhisham Bin Mustapar OCPD Jempol, Puan Rusnani Binti Hamzah Pengerusi Kelab Kecergasan Bahau, Encik Nor Rashidi Bin Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol , ketua-ketua dan wakil ketua jabatan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat setempat. Kerajaan juga telah meletakkan status aktiviti sukan dan riadah ini sebagai sebuah agenda nasional dalam melahirkan masyarakat Malaysia Madani yang sentiasa sihat, aktif dan cergas dalam pembabitan aktiviti-aktiviti sukan. #HSNJEMPOL2025 #teamkbs #teamjbsns #teampbsdjempol KBSMalaysia JBSNegara JBS Negeri Sembilan
TAMPIN, 8 Oktober 2025 (Rabu) - Cuaca hari ini seolah - olah bersahabat baik dengan kita sehingga berjaya melaksanakan Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 1) yang telah diadakan di Taman Rekreasi Tampin. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Rakan Strategik Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Tampin dan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Tampin. Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan. Turut hadir memeriahkan program, En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Hjh. Maznah binti Abd Aziz, Pengerusi PAWE Daerah Tampin. Ikan Putih Ikan Yu, Warga Emas, We Care About You  Malaysia Aktif Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
REMBAU, 6 Oktober 2025, (Isnin) - SMK Pedas menjadi destinasi Ke 11 bagi pelaksanaan Program Malaysia Aktif @ Komuniti sempena Piala YB Dato’ Hj Zaifulbahri bin Hj Idris, ADUN Kawasan Chembong. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Kelab Senamrobik Aura Sihat ini diserikan lagi dengan kehadiran ADUN Kawasan Chembong dan Ketua Polis Daerah Rembau yang turut serta dalam aktiviti senamrobik sebagai sesi regangan dan pemanas badan sebelum berlangsungnya pertandingan acara Bola Sepak dan Bola Jaring antara Kelas Tingkatan 4. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan serta gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat, di samping mengeratkan silaturahim antara agensi kerajaan, pelajar dan komuniti. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, terutamanya Pejabat Pusat Khidmat DUN Chembong atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. #rembauaktif #MalaysiaAktif Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan
Mantin, 5 Oktober 2025- Program Rakan Mahir: Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 Siri 3 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin, Negeri Sembilan. Projek Reben Kuning 2025 merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memberi peluang kedua kepada prospek belia melalui penyediaan peluang pekerjaan dan latihan pembangunan ekonomi belia bagi memperoleh kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan. Modul 3, Jana Pendapatan Ekonomi Digital (Kuasai Digital E-Bebas) telah disampaikan oleh Encik Mohd Khairil Ashraf bin Mohamad Karid. Semua peserta berinteraksi dengan aktif dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program dilaksanakan. Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat memberikan impak positif kepada prospek dalam persiapan untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat. #teamkbs #teamjbsn #teamjbsn9 #jbsnbersama #RebenKuning #RakanMuda #RakanMahir
JELEBU, 5 OKTOBER - Telah berlangsung Pertandingan Dart 1000 Liga 2025 Daerah Jelebu bertempat di Bangunan Persatuan Pengguna Daerah Jelebu. Objektif program 1000 Liga ini adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan. Selain itu program ini juga ingin menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing yang digerakkan atas inisiatif diri sendiri. Meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan terlibat dalam aktiviti sukan. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Jutaan terima kasih kepada Encik Shamsul Bahari Bin Aris serta barisan jawatankuasa Aquatik Dart Club Negeri Sembilan yang telah menjayakan pertandingan dart pada hari ini. Semoga program sebegini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif. #TeamKBS #TeamJBSN #TeamJBSN9 #JBSNBersama #PBSDJelebu
Tampin, 4 Oktober 2025 (Sabtu) - Rakan Digital adalah salah satu daripada Gaya Hidup Rakan Muda yang diperkasakan oleh Kementerian Belia dan Sukan agar belia-belia dapat menguasai dunia digital dengan latihan dan pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak khasnya pejabat belia dan sukan daerah masing-masing. Bertempat di Dewan Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Syed Idrus , sebanyak 14 kumpulan dari sekitar daerah Tampin menyahut cabaran untuk merebut gelaran Johan pertandingan pada kali ini.Peserta pertandingan juga terdiri dari pelajar sekolah,ahli Kelab Rakan Muda Pekan Tampin dan ahli dari MIYC Tampin. Kumpulan NSP (Negeri Sembilan Palembang) dari SMK Tunku Syed Idrus Tampin telah menjadi Johan keseluruhan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Hairulnizam bin Maarof Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tun Syed Idrus dan Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin Rakan Muda Rakan Digital. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #rakanmuda #teampbsdtampin
TAMPIN, 4 Oktober 2025 (Sabtu) - Telah berlangsung Pertandingan Petanque 1000 Liga Peringkat Daerah Tampin 2025 yang telah diadakan di Gelanggang Petanque SMK Tunku Syed Idrus. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan kerjasama Kelab Petanque SMK Tunku Syed Idrus. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh En. Hairulnizam bin Maarof, Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran SMK Tunku Syed Idrus. Turut hadir bersama ialah En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin. Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
04 OKTOBER 2025, PAROI - Program yang melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat dan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup serta membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat dan penggiat kecergasan komuniti. Telah berlangsung Senaman Warga Emas Aktif Tahun 2025 Daerah Seremban (Siri 1) sebagai pembuka acara sesi pemanasan badan sebelum Fun Walk Karnival Warga Emas sempena Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2025 berlangsung pada pagi tadi yang melibatkan lebih 1000 orang peserta. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban bersama Rakan Strategik Kelab Senamrobik Sihat Harmoni dan Rakan Pengelola Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban. Aktiviti senamrobik dikendalikan oleh jurulatih daripada Persatuan Kecergasan Negeri Sembilan yang dijemput melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban. Program ini dimeriahkankan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Puan Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan Encik Muhammad Yusry bin Che Dah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan. Program Senaman Warga Emas Aktif Tahun 2025 merupakan satu usaha kerajaan mempromosikan sukan kecergasan dalam kalangan warga emas dan menjadikan gaya hidup aktif sebagai budaya hidup dan ingin melihat masyarakat dalam kalangan warga emas juga mendapat kesaksamaan dan keadilan sosial melalui aktiviti sukan dan kecergasan. #Teampbsdseremban #TeamJBSN9 #TeamJBSN #yakinboleh #SenamanWargaEmasAktifTahun2025DaerahSeremban