- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 35
Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan Tahun 2026 Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 35
Jempol, 12 Februari 2026 – Pemeriksaan aset alih kerajaan bagi tahun 2026 telah dilaksanakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Pemeriksaan tersebut telah dijalankan oleh Pegawai Pemeriksa Jabatan, En. Mohd Khusairi Bin Zainal, yang hadir bersama En. Mohd Khairi Bin Abdul Latif bagi melaksanakan semakan fizikal serta pengesahan rekod aset terlibat.
Sebanyak 320 unit aset telah diperiksa dalam sesi pemeriksaan ini. Pemeriksaan ini bertujuan memastikan semua aset kerajaan berada dalam keadaan baik, direkod dengan teratur serta mematuhi tatacara pengurusan aset yang sedang berkuat kuasa.
Pelaksanaan pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen jabatan dalam memperkukuhkan tadbir urus aset, meningkatkan akauntabiliti serta memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara sistematik dan berintegriti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
