KUNJUNG HORMAT PERSATUAN WALKING FOOTBALL NEGERI SEMBILAN KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN

Persatuan Walking Football Negeri Sembilan telah mengadakan satu kunjung hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan pada 10 Februari 2026 bagi memperkenalkan persatuan serta membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan sukan Walking Football di peringkat negeri.
Antara objektif utama kunjung hormat ini adalah memperkenalkan Persatuan Walking Football Negeri Sembilan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan membincangkan peluang kerjasama dalam penganjuran program dan aktiviti Walking Football.
Lawatan dimulakan dengan sesi perkenalan oleh wakil persatuan yang menerangkan latar belakang penubuhan persatuan serta perkembangan semasa sukan Walking Football di Negeri Sembilan. Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah memberikan taklimat ringkas mengenai peranan jabatan serta peluang kerjasama yang boleh dijalinkan, termasuk sokongan dari segi program, fasiliti dan penyertaan dalam aktiviti sukan komuniti. Perbincangan turut menyentuh cadangan penganjuran klinik, kejohanan dan program pembangunan Walking Football di peringkat negeri dan daerah.
Kunjung hormat ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan lawatan ini dapat menjadi permulaan kepada kerjasama yang berterusan antara Persatuan Walking Football Negeri Sembilan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan demi pembangunan sukan dan gaya hidup sihat masyarakat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search