REMBAU, 23 Oktober 2025 (Khamis) – Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 4 terus menyemarakkan semangat kecergasan dalam kalangan warga emas di Daerah Rembau yang telah diadakan di Gelanggang Futsal Dataran Rembau. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero serta Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Rembau. Untuk aktiviti senaman hari ini telah di kendalikan oleh Puan Siti Mahawa binti Othman daripada Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero. Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara t JBS Negeri Sembilan #SenamanWargaEmasAktif #MalaysiaAktif #RembauAktif #TeamKBS #PBSDRembau #PAWERembau #KelabSukanKecergasanFitAero
TAMPIN, 21 Oktober 2025 (Selasa) – Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 3) yang telah diadakan di Taman Rekreasi Tampin. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Rakan Strategik Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Tampin dan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Tampin. Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan. Turut hadir memeriahkan program, Dr. Jaspreet Kaur, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Tampin, En. Jasnie bin Abd Rahman, wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Hjh. Maznah binti Abd Aziz, Pengerusi PAWE Daerah Tampin. Malaysia Aktif Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
Gemencheh, 19 Oktober 2025 (Ahad) - Telah berlangsung Program Rakan Ekspresi: Skrin Besar Rakan Muda Tayangan Filem Mechamato di Dataran Mini Gemencheh, Tampin. Program ini merupakan suatu program yang diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia menonton filem yang berkonsepkan perpaduan dan kemasyarakatan di skrin besar yang disediakan bersama komuniti setempat. Program kali ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Hadir sama pada program kali ini ialah Encik Azmee Amar Azwan bin Mostapa, Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan daerah Tampin, ketua-ketua jabatan diperingkat daerah dan penduduk setempat. Selain dari tayangan filem, program ini turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah yang menawarkan tujuh puluh tiga (73) hadiah pelbagai jenis barangan. Program yang melibatkan enam ratus (600) orang penonton ini turut mendapat sokongan yang kuat dari rakan kerjasama dari pelbagai agensi seperti Majlis Daerah Tampin, Pejabat Belia dan Sukan daerah Tampin dan Pejabat Kemas daerah Tampin. Semoga program yang dapat memberi impak kepada masyarakat berbilang kaum serta memperkukuhkan perpaduan seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. #teamkbs #teamjbsn #teamjbsn9 #rakanmuda #rakanekspresi
REMBAU, 19 Oktober 2025 (Ahad) – Dewan Biduanda, SMK Dato’ Sedia Raja bergema dengan sorakan dan dentuman bola apabila berlangsungnya Pertandingan Ping Pong Program 1000 Liga Peringkat Daerah Rembau 2025, yang menyajikan aksi penuh mendebarkan serta semangat juang tinggi dalam kalangan para peserta. Sebanyak 48 peserta berentap dalam suasana penuh persaingan sihat dan semangat kesukanan. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Ekstrem Rembau (RESREC) dan Ghombau Table Tennis Club (GTTC) yang memainkan peranan penting memastikan perjalanan kejohanan berjalan lancar dan meriah. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau bersama Tn. Hj. Abd Latif bin Alias, Pengerusi Ghombau Table Tennis Club (GTTC). Kehadiran mereka turut menyuntik motivasi kepada peserta yang berjuang habis-habisan hingga ke perlawanan akhir. Acara ini menjadi penutup gemilang kepada lima siri acara sukan di bawah Program 1000 Liga Peringkat Daerah Rembau 2025, sekali gus menyerlahkan semangat kesukanan, kebersamaan dan kekuatan komuniti dalam menjayakan agenda sukan di peringkat akar umbi. #1000Liga #MalaysiaAktif #RembauAktif #TeamKBS #PBSDRembau Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan
Mantin, 19 Oktober 2025- Program Rakan Mahir: Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 Siri 4 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin, Negeri Sembilan. Projek Reben Kuning 2025 merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memberi peluang kedua kepada prospek belia melalui penyediaan peluang pekerjaan dan latihan pembangunan ekonomi belia bagi memperoleh kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan. Modul 4, Pengurusan Kewangan (Do-It Smart) telah disampaikan oleh Encik Mohd Khairil Ashraf bin Mohamad Karid. Semua peserta berinteraksi dengan aktif dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program dilaksanakan. Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat memberikan impak positif kepada prospek dalam persiapan untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat. #teamkbs #teamjbsn #teamjbsn9 #jbsnbersama #RebenKuning #RakanMuda #RakanMahir
18 Okt 2025 (Sabtu) Seremban - Telah berlangsung Pertandingan Battle Of The Band Rakan Muda Peringkat Daerah Seremban bertempat di Kipmall, Senawang yang telah disertai 6 kumpulan yang terdiri dari golongan remaja yang berumur 15 - 30 tahun. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Seremban dan Kipmall Senawang. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Azmee Amar Azwan Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir Puan Cindy Usun Sigau Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Seremban, En Zaha gitaris Kumpulan Spring Zaha Spring dan En Wan Miawgitaris Kumpulan Modread selaku juri pertandingan Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda Pejabat Pendidikan Daerah Seremban KIPMall Senawang #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDSeremban #TeamKBS #TeamJBSN9 #YakinBoleh #RakanMuda #BattleOfTheBand
REMBAU, 16 Oktober 2025 (Selasa) – Suasana ceria dan penuh semangat mewarnai Program Senaman Warga Emas Siri 2 Peringkat Daerah Rembau 2025 yang berlangsung di Gelanggang Futsal Dataran Rembau. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu menampilkan aktiviti senaman duduk khas (chairobic) untuk warga emas, bertujuan meningkatkan kecergasan, kesihatan sendi serta kesejahteraan minda. Anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero dan Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Rembau, program ini turut menjadi platform menggalakkan warga emas kekal aktif dan bersosial dalam suasana positif. Para peserta menunjukkan semangat tinggi dan menikmati sesi senaman yang menyeronokkan sepanjang program berlangsung. #MalaysiaAktif #RembauAktif #TeamKBS #SenamanWargaEmas Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan
TAMPIN, 15 Oktober 2025 (Rabu) - Telah berlangsung Pertandingan Dart 1000 Liga Peringkat Daerah Tampin 2025 yang telah diadakan di Dewan Shipping and Aviation College (SAC). Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Rakan Strategik Shipping and Aviation College (SAC) dan Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Tampin (SRCC). Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Pn Nordalila binti Jaapar, Ketua Hal Ehwal Akademik Shipping and Aviation College (SAC). Turut hadir bersama ialah En. Jasnie bin Abd Rahman wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan En. Muhammad Uzair bin Abdul Malek, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Tampin (SRCC). Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin #malaysiaaktif