- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 32
SESI PERBINCANGAN BAGI PROJEK PENYELENGGARAAN DAN NAIK TARAF FASILITI KOMBES.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 32
PAROI, 28 Januari 2026, - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah menerima kunjungan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan dan Pejabat JKR Daerah Seremban untuk membincangkan projek penyelenggaraan dan naik taraf fasiliti di Kompleks Belia dan Sukan Paroi (KOMBES) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JBS NS.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBSNS membincangkan tentang skop kerja selenggara dan naiktaraf di KOMBES serta proses sebutharga yang dijangka berlangsung pada tahun ini.
Projek selenggara dan naik taraf KOMBES Paroi ini akan dilaksanakan oleh JKR NS dan dijangka proses selenggara dan naik taraf KOMBES ini akan memberi nafas baru kepada sebahagian fasiliti terlibat.
