- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 53
PROGRAM BELIA PRIHATIN : BELIA PENGGERAK KOMUNITI DESA MERIAHKAN KOMPLEKS SUKAN SUNGAI LAYANG
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 53
KOTA, 31 Januari 2026 (Sabtu) – Program Belia Prihatin : Belia Penggerak Komuniti Desa anjuran Pertubuhan Belia Lubok China dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau, Pejabat Khidmat ADUN Kota serta Majlis Belia Daerah Rembau telah berjaya dilaksanakan hari ini bertempat di Kompleks Sukan Sungai Layang dengan penyertaan lebih 380 orang belia dan penduduk setempat.
Program ini bertujuan memperkasa peranan belia sebagai ejen perubahan komuniti melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, selain memupuk kesedaran terhadap kepentingan kebersihan persekitaran serta amalan gaya hidup sihat.
Majlis pelepasan Larian Santai 5 KM (Fun Run) telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Suhaimi bin Aini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota. Turut hadir ialah Tuan Mohd Zamri, Pegawai Daerah Rembau dan Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan sepanjang program termasuk senamrobik bersama Kelab Senamrobik Aura Sihat, aktiviti khidmat komuniti di TABIKA KEMAS Kg. Bongek dan TABIKA Perpaduan Kg. Sungai Layang dengan kerjasama SWCorp Daerah Rembau, pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Wheel On Wellness (WOW) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS). Program turut dimeriahkan dengan Jualan Agro MADANI oleh Pejabat FAMA Daerah Rembau.
Suasana kemeriahan program diserikan lagi dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada peserta larian, sekali gus meningkatkan semangat kebersamaan serta penyertaan komuniti.
Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada sukarelawan pelajar Kolej Komuniti Rembau, Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Rembau serta Pejabat RELA Daerah Rembau atas komitmen dalam menjayakan aktiviti khidmat komuniti. Tidak ketinggalan juga kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Rembau dan Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau atas pengurusan keselamatan, kawalan trafik dan kesiapsiagaan kecemasan.
Program ini turut disokong oleh pelbagai jabatan dan agensi serta kepimpinan kampung terutamanya JPKK Kg. Sungai Layang, Kg. Bongek dan Kg. Seri Layang, KRT Sungai Layang, Persatuan Penduduk Taman Seraya Rembau, barisan NGO, urusetia serta masyarakat setempat yang bersama-sama menjayakan Program Belia Prihatin sebagai platform memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan komuniti desa.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSN9
#JBSNBersama
#PBSDRembau
