MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN SNUKER TERTUTUP NEGERI SEMBILAN 2025 “PIALA YB PAK MUS 2.0”
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 238
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN SNUKER TERTUTUP NEGERI SEMBILAN 2025 “PIALA YB PAK MUS 2.0”
Seremban, 11 Oktober 2025 – YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan telah menyempurnakan Acara Pelepasan Peserta Hari Sukan Negara 2025 dan Malaysia Aktif Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung dengan meriah di Seremban hari ini.
Turut hadir ialah:
YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
YB Dato’ Haji Mustapha bin Nagoor, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri
Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
Tuan Kelvin Lee, wakil Matrix Concepts Holdings Berhad
Barisan EXCO dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Kerajaan Negeri
Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri
Pelepasan peserta dimulakan dengan acara Kayuhan Madani 60km, diikuti acara Larian 10km. Larian Ria Madani 5km dan Jalan Santai 3km. Peserta turut mengenakan pakaian bertemakan Klasik sebagai menyokong sambutan Hari Sukan Negara 2025 kali ini.
#MalaysiaAktif
#HSN2025
#NegeriSembilan
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#MalaysiaAktif
#HSN2025
#NegeriSembilan
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
11 Oktober 2025 (Sabtu)
D’Tempat Country Club, Sendayan
Bermula seawal pagi hingga petang
Bersedia untuk hari yang penuh aksi, peluh & semangat kesukanan?
�Ayuh bersama kami di program sukan mega sempena Hari Sukan Negara 2025 dengan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur!
#MalaysiaAktif
#HSN2025
#NegeriSembilan
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
JEMPOL, 10 Oktober 2025 - Majlis sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 disambut meriah oleh warga Jempol.Kompleks Rakan Muda Jempol menjadi venue utama bagi majlis Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Jempol kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj.Mustapha Bin Nagoor, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Palong dan ADUN Angkat Serting. Seramai 1865 orang termasuk tetamu jemputan, peserta, urusetia, teknikal dan pengunjung telah memeriahkan majlis sambutan ini yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Jempol.
Sambutan yang berlangsung ini anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Kelab Kecergasan Bahau dan agensi-agensi kerajaan daerah Jempol seperti Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, Majlis Perbandaran Jempol, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol, Pejabat Kesihatan Daerah Jempol,Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting, sekolah-sekolah dan lain-lain agensi.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Tuan Amino Bin Agus Pegawai Daerah Jempol , Supt Norhisham Bin Mustapar OCPD Jempol, Puan Rusnani Binti Hamzah Pengerusi Kelab Kecergasan Bahau, Encik Nor Rashidi Bin Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol , ketua-ketua dan wakil ketua jabatan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat setempat.
Kerajaan juga telah meletakkan status aktiviti sukan dan riadah ini sebagai sebuah agenda nasional dalam melahirkan masyarakat Malaysia Madani yang sentiasa sihat, aktif dan cergas dalam pembabitan aktiviti-aktiviti sukan.
#HSNJEMPOL2025
#teamkbs
#teamjbsns
#teampbsdjempol
KBSMalaysia JBSNegara JBS Negeri Sembilan
TAMPIN, 8 Oktober 2025 (Rabu) - Cuaca hari ini seolah - olah bersahabat baik dengan kita sehingga berjaya melaksanakan Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 1) yang telah diadakan di Taman Rekreasi Tampin. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Rakan Strategik Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Tampin dan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Tampin.
Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan.
Turut hadir memeriahkan program, En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Hjh. Maznah binti Abd Aziz, Pengerusi PAWE Daerah Tampin.
Ikan Putih Ikan Yu,
Warga Emas, We Care About You
Malaysia Aktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin
REMBAU, 6 Oktober 2025, (Isnin) - SMK Pedas menjadi destinasi Ke 11 bagi pelaksanaan Program Malaysia Aktif @ Komuniti sempena Piala YB Dato’ Hj Zaifulbahri bin Hj Idris, ADUN Kawasan Chembong.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Kelab Senamrobik Aura Sihat ini diserikan lagi dengan kehadiran ADUN Kawasan Chembong dan Ketua Polis Daerah Rembau yang turut serta dalam aktiviti senamrobik sebagai sesi regangan dan pemanas badan sebelum berlangsungnya pertandingan acara Bola Sepak dan Bola Jaring antara Kelas Tingkatan 4.
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan serta gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat, di samping mengeratkan silaturahim antara agensi kerajaan, pelajar dan komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, terutamanya Pejabat Pusat Khidmat DUN Chembong atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
#rembauaktif
#MalaysiaAktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
Mantin, 5 Oktober 2025- Program Rakan Mahir: Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 Siri 3 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin, Negeri Sembilan.
Projek Reben Kuning 2025 merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memberi peluang kedua kepada prospek belia melalui penyediaan peluang pekerjaan dan latihan pembangunan ekonomi belia bagi memperoleh kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan.
Modul 3, Jana Pendapatan Ekonomi Digital (Kuasai Digital E-Bebas) telah disampaikan oleh Encik Mohd Khairil Ashraf bin Mohamad Karid. Semua peserta berinteraksi dengan aktif dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program dilaksanakan.
Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat memberikan impak positif kepada prospek dalam persiapan untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat.
#teamkbs
#teamjbsn
#teamjbsn9
#jbsnbersama
#RebenKuning
#RakanMuda
#RakanMahir
JELEBU, 5 OKTOBER - Telah berlangsung Pertandingan Dart 1000 Liga 2025 Daerah Jelebu bertempat di Bangunan Persatuan Pengguna Daerah Jelebu.
Objektif program 1000 Liga ini adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan. Selain itu program ini juga ingin menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing yang digerakkan atas inisiatif diri sendiri. Meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan terlibat dalam aktiviti sukan.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Jutaan terima kasih kepada Encik Shamsul Bahari Bin Aris serta barisan jawatankuasa Aquatik Dart Club Negeri Sembilan yang telah menjayakan pertandingan dart pada hari ini. Semoga program sebegini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSN9
#JBSNBersama
#PBSDJelebu
Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22