PROGRAM RAKAN MAHIR : ORKID ANGGUN DI HUJUNG JARI EKSPRESI SENI GUBAHAN

Tampin , 30 November 2025 (Ahad) - Seni gubahan bunga adalah satu seni yang makin mendapat tempat di dalam masyarakat sebagai salah satu platform menjana ekonomi secara kecil-kecilan mahupun di peringkat yang lebih besar.
Encik Hairul Anuar bin Zakariah hadir sebagai pengajar jemputan pada program kali ini yang diadakan dengan ceria dan penuh semangat dengan disertai seramai 20 orang belia setempat berlangsung di Dewan Terbuka Tampin Water Park. Tema orkid menjadi pilihan memandangkan permintaan yang tinggi di dalam pasaran gubahan bunga pada masa kini.
Turut memeriahkan program ialah Puan Amira binti Ismail , wakil pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, Tuan Haji Muhammad Ikhwan bin Abdullah, Penasihat Kelab Rakan Muda Pekan Tampin , dan Encik Muhammad Shahaizad bin Mohd Radzif, Pengurus Tampin Water Park.
Rakan Muda Rakan Mahir
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#rakanmuda
#teampbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search