- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 49
PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF 2025 DAERAH PORT DICKSON (SIRI 10)
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 49
Port Dickson, 11 Disember - Program Senaman Warga Emas Aktif 2025 Daerah Port Dickson (Siri 10) telah berlangsung meriah dengan kehadiran warga emas dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Telok Kemang dan sekitarnya bertempat di Balai Raya Rumah Rakyat Peringkat 3, Telok Kemang hari ini. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama rakan strategik Kelab Sukan Rekreasi Teluk Kemang dan rakan pelaksana Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Pekan Telok Kemang.
Aktiviti pilihan untuk senaman warga emas pada edisi terakhir ini ialah Chairobics (senaman kerusi) yang telah dikendalikan oleh Zin Zarina Harun dan Zin Awiyah Mohammad, Instruktor Kecergasan bertauliah KBS dari KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA). Senaman kerusi ini lebih sesuai bagi golongan yang mempunyai mobiliti terhad seperti warga emas atau sesiapa sahaja yang sukar mengekalkan keseimbangan kerana ianya berimpak rendah yang menggunakan kerusi sebagai asas sokongan utama. Aktiviti senaman chairobics ini sangat bermanfaat dan selamat untuk membantu meningkatkan kekuatan fizikal, fleksibiliti, kardiovaskular dan kesihatan jantung tanpa memikirkan risiko jatuh atau tidak stabil.
Sejajar dengan objektif aktiviti ini adalah untuk melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat dan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga emas dengan organisasi belia dan sukan serta masyarakat mahupun penggiat kecergasan komuniti. Selain itu, aktiviti ini dapat menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Turut hadir bersama dalam program ini ialah Puan Hajah Rosnani Abd Wahab, Pengerusi KRT Telok Kemang, Encik Jamaludin Sulaiman, Ketua GB4B (M) Cawangan Pekan Telok Kemang merangkap Bendahari Kelab Sukan Rekreasi Teluk Kemang serta Puan Siti Alifah Hamzah dan Encik Mohd Azam Zakaria dari PBSD Port Dickson.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson #TeamUnitSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda #RakanAktif
#GB4BCawanganPekanTelokKemang #KEFAAerofittSportsClub
