TAMPIN, 7 Ogos 2025 β Kerjasama rentas agensi antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, Majlis Agama Islam Daerah Tampin dan Majlis Belia Daerah Tampin telah berjaya melaksanakan Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Tampin yang berlangsung pada 5 hingga 7 Ogos 2025 bertempat di Akademi Kecemerlangan Minda dan Fizikal Felda Bukit Rokan. Program yang diadakan selama tiga hari ini telah disertai seramai 50 orang peserta yang melibatkan pelajar daripada SMK Tunku Syed Idrus, SMK Tunku Besar Tampin, SMK Datoβ Mohd Taha, SMK Tunku Abdul Rahman dan SMK Jelai. Program ini bertujuan untuk melahirkan belia yang berfikiran kritis, kreatif dan berjiwa besar serta berbakti kepada komuniti. Sepanjang program ini berlangsung, peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan ilmu yang telah dikongsikan oleh pelbagai Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Tampin, Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan Universiti Putra Malaysia, Persatuan Belia Dinamik Barat NS , Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Rokan dan komuniti setempat. Majlis perasmian penutupan program ini telah disempurnakan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Hadir sama bagi memeriahkan lagi majlis ini Puan Nurul Faizurin binti Mohd Noor, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, Puan Che Rozita binti Che Rahman, Pegawai MAINS Daerah Tampin dan Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin. Terima kasih diucapkan kepada semua yg terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama erat diteruskan lagi demi pembangunan belia di daerah ini khasnya. Dan semoga program ini dapat memberi impak positif kepada para peserta dalam usaha melahirkan generasi yang lebih cemerlang dan prihatin kepada masyarakat. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNBersama #pbsdtampin
Port Dickson, 07 Ogos - Satu sesi perjumpaan dan perbincangan telah diadakan bersama Puan Nurhazelin Makli, Pegawai Daerah Port Dickson bertempat di Pejabat Pegawai Daerah Port Dickson pada jam 02.30 petang, hari ini. Perbincangan ini adalah bertujuan untuk membentangkan perancangan Program Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) Daerah Port Dickson kepada Puan Pegawai Daerah Port Dickson selaku Pengerusi Program ini. Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah membentangkan kertas konsep HSN2025 Daerah Port Dickson kepada Puan Nurhazelin Makli dan semua yang hadir. Pelaksanaan sambutan HSN2025 adalah secara fizikal di setiap peringkat bagi memastikan konsep "no one left behind" dapat direalisasikan. Pelbagai acara sukan telah dirancang dan dibentangkan bagi memeriahkan sambutan HSN2025 terutamanya berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda dan kluster sukan seperti sukan teras, sukan rekreasi (air, udara, darat), kecergasan sukan, sukan baharu, sukan rakyat/tradisional dan sukan Orang Kurang Upaya (OKU). Konsep HSN2025 Daerah Port Dickson pada edisi kali ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelum ini kerana lokasi pelaksanaan yang dipilih ialah Pantai Bagan Pinang yang terletak di Jalan Batu 3, Port Dickson. Justifikasi pemilihan tempat ini adalah kerana pantai ini merupakan tumpuan pengunjung pada hujung minggu, dilengkapi dengan fasiliti/prasarana di bawah seliaan Majlid Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan kawasan pantai yang landai untuk aktiviti sukan pantai dan aktiviti sukan rekreasi air seperti kayak dan stand-up paddle. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson selaku penganjur utama telah membuat gerak kerja awal serta menyenaraikan 22 jenis aktiviti sukan dan acara sampingan yang bakal berlangsung pada 11 Oktober 2025 nanti . Kesemua aktiviti yang bakal dijalankan pada HSN2025 adalah dengan kerjasama persatuan belia, kelab sukan, kelab Rakan Muda dan dan agensi-agensi kerajaan di sekitar Port Dickson sebagai rakan strategik PBSD Port Dickson. Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah Beach Fun Walk 2KM, Fun Run 5KM Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025, Kayuhan MADANI : Paddle To Pulau Burung, Stand-Up Paddle Gathering, Himpunan dan Demonstrasi Waja Diri, Aerobikthon 120-Minutes Non-Stop Challenge, Cross Fit Challenge, acara/pertandingan sukan pantai (bola sepak, bola jaring, petanque, bola tampar, sepak takraw), Pertandingan Kabaddi, Treasure Hunt Belia 4B, Sukan Rakyat OKU, Pertandingan Tarik Tali RELA Sihat, Perkhemahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), Mari Mencuba Memanah dan lain-lain lagi. Puan Pegawai Daerah Port Dickson menerima baik Kertas Cadangan Program HSN2025 Daerah Port Dickson yang dibentangkan dan beliau mengingatkan beberapa aspek yang perlu diambilkira terutamanya aspek keselamatan dan kebersihan. Perincian program oleh pihak PBSD Port Dickson bagi meneliti dan memperhalusi perancangan Program HSN2025 Port Dickson ini seperti laluan keluar masuk ke tapak program, penanda arah, kawalan lalulintas trafik, pasukan keselamatan di darat, pasukan keselamatan di air dan tempat parkir kenderaan pengunjung. Beliau juga akan membuat satu pemakluman kepada semua agensi kerajaan (persekutuan dan Negeri), badan berkanun, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dan syarikat-syarikat di dalam daerah Port Dickson untuk turut meraikan Program HSN2025 Port Dickson bermula 10 hingga 12 Oktober 2025. Beliau yakin dan percaya bahawa Program HSN2025 pada tahun ini akan berlangsung meriah dan mencapai objektif yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Turut hadir bersama dalam sesi perjumpaan dan perbincangan ialah Puan Siti Nursoleha Abdul Kadir, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), Pejabat Daerah Port Dickson dan pegawai-pegawai dari PBSD Port Dickson. Ayuh warga PD... Dtg beramai-ramai ke HSN2025 di Pantai Bagan Pinang pada 11 Oktober ini ! Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson #JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #TeamPBSDPortDickson #TeamSukan #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #HSN2025PD
Port Dickson, 6 Ogos β Satu Taklimat Penubuhan Kelab Belia Taman Vista Jaya telah berjaya dianjurkan di Perkarangan Surau Ar Raudhah Taman Vista Jaya dengan kehadiran seramai lebih kurang 50 orang penduduk setempat yang terdiri daripada golongan belia, ibu bapa serta ahli komuniti. Objektif utama program ini adalah untuk memberi penerangan terperinci berkaitan proses penubuhan pertubuhan belia yang sah, selain menerangkan tentang peranan penting golongan muda dalam aspek pembangunan komuniti, aktiviti kesukarelawanan, dan juga sukan. Taklimat ini turut menyentuh aspek: β’ Garis panduan dan perundangan penubuhan persatuan belia (seperti di bawah Akta 668), β’ Kepentingan pendaftaran rasmi dengan pihak berkuasa, β’ Peluang pembangunan sukan dan kepimpinan belia melalui platform yang sah, β’ β Penglibatan belia dalam Program Rakan Muda dan kesukarelawanan. Program ini menjadi langkah awal ke arah penubuhan rasmi Kelab Belia Taman Vista Jaya yang bakal menjadi platform penggerak pelbagai aktiviti komuniti, belia, dan sukan di Taman ini adalah idea dan gerakan dari Persatuan Penduduk Taman Vista Jaya yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Jamaluddin Haji Muhammad. Beliau yang merupakan pengerusi persatuan belia ketika zaman mudanya cukup menyokong dan bertekad untuk membimbing anak-anak muda di Taman Vista Jaya membangun dari segi sahsiah, kepimpinan, jati diri dan kesukarelawanan melalui penubuhan kelab belia. Turut hadir Encik Muhammad Syazwan Mahadi selaku EXCO Majlis Belia Negeri Sembilan, Encik Khairi Kamaruddin, Pengerusi Majlis Belia Daerah Port Dickson dan Pegawai-pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan semua pihak dan berharap lebih ramai belia akan tampil aktif menyertai dan menyumbang kepada pembangunan setempat melalui wadah ini. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda Majlis Belia Daerah Port Dickson #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #MBDPD #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda
JELEBU, 3 OGOS 2025 - Kem Belia @ Rakan Prihatin Daerah Jelebu telah membuka tirai bagi Daerah di Negeri Sembilan. Seramai 52 orang peserta terpilih menyertai program ini bertempat di Kem D'Agroloka, Jelebu bermula dari 1 hingga 3 Ogos 2025. Program ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan belia selaras matlamat pembangunan belia positif (8C). Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Puan Junaine binti Mohamad Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir En. Annuar bin Rahim Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu, Tuan Haji Noorulhuda bin Haji Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu serta En. Syaiful Haziq bin Surate Pengerusi Persatuan Belia Felda Pasoh 4. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Belia Felda Pasoh 4 yang menjadi rakan strategik program, barisan fasilitator serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan Kem Belia kali ini. Semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan. #TeamKBS #TeamJBSN #TeamJBSN9 #JBSNbersama #PBSDJelebu
Kuala Pilah, 3 Ogos- Program 1000 Liga Peringkat Daerah Kuala Pilah 2025 diteruskan lagi dengan penganjuran dua (2) jenis sukan lagi iaitu, Pertandingan Ping Pong dan Snooker Berpasangan. Sebanyak 25 pasukan telah pun bertanding dalam sukan snooker yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama Kelab Snooker KRM Melang. Manakala penyertaan dalam sukan ping pong pula sebanyak 15 pasangan yang bertanding. Kedua-dua pertandingan telah pun dimulakan pada tepat jam 9.00 pagi. Sukan Ping Pong dimainkan di Dewan KRM Kuala Pilah, manakala sukan Snooker pula dimainkan didalam Pusat Sukan Dalaman KRM Kuala Pilah. Majlis Penyampaian Hadiah telah pun disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohd Zulfadli bin Ahmad, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah. Turut hadir sama Penolong HEP Kolej Yayasan Negeri Sembilan, Pengerusi Persatuan Ping Pong Daerah Kuala Pilah, Pengerusi Kelab Snooker KRM Melang dan YDP MPP KYNS. Bagi acara Snooker Johan telah digondol oleh Aniq Asyraf bin Tuah dan Muhammad Aiman Hadif bin Saiful Affendi, mengalahkan pasangan Naib Juara Muhammad Aiman Hafiz dan Iskandar Aznan dan tempat Ketiga jatuh kepada Muhammad Asyraf bin Tuah dan Mohd Naqimuddin bin Sammuri. Manakala sukan ping pong pula dimenangi oleh pasangan Mohd Azri dan Ammar sebagai Johan mengalahkan bergu Hafiz Adam dan Harris Zaqwan dan Ketiga pula Nuril Annuwar dan Wan Aisy. Semoga di tahun hadapan kita berjumpa lagi. #FYP #THISISPILAH #KBSMalaysia #jbsn #jbsn9 #pbsdkualapilah #krmkualapilah #kynsgentam #mppkyns #1000ligadaerahkualapilah2025
Jempol - Telah berlangsung Program 1000 Liga Ping Pong Peringkat Daerah Jempol 2025 bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Kelab Ping Pong Jompo (JTTC) melibatkan 60 orang peserta dari pelbagai peringkat umur yang bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol En. Muhammad Syahir Bin Mohd Sabri diiringi oleh Pengerusi Kelab Ping Pong Jompo (JTTC) En. Ilham bin Gani. Johan dimenangi oleh Najmi manakala naib johan dimenangi Thiaman dan ketiga dimenangi oleh Ryan Jr. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah mengambil bahagian pada pertandingan Ping Pong kali ini. #TeamKBS #PBSDJEMPOL #JBSN9 #JBSNBersama #malaysiamadani
Gentam, 02 Ogos- Program 1000 Liga Peringkat Daerah Kuala Pilah 2025 telah dengan jayanya dianjurkan di Kolej Yayasan Negeri Sembilan, Gentam. Kerjasama ampuh antara Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah dengan Pejabat KYNS, Gentam dan Barisan MPP KYNS. Sebanyak 3 jenis sukan dipertandingkan pada hari ini. Fun Run merupakan acara yang mendaapat sambutan hangat, seramai 200 orang peserta telah pun mengambil bahagian dalam acara tersebut. Manakala sukan Dart mendapat sambutan yang tidak kurang hebatnya. Peserta wanita beradu kekuatan mental dengan peserta lelaki. Sukan catur juga mendapat penyertaan yang amat bagus. Seramai 10 peserta telah pun mengambil bahagian. Tepat jam 7.30 pagi aktiviti senamrobik telah pun dimulakan yang diketuai oleh Coach Mairia dari Kelab Fitness Empire Kuala Pilah. Seterusnya, para peserta telah pun mengambil bahagian dalam acara Fun Run, dimana acara ini telah pun dimenangi oleh Mohd Aidil Adha sebagai Johan, Naib Johan oleh Danny Haqim dan tempat Ketiga jatuh kepada Mohd Taufik Iskandar. Mohamad Zafrul Bin Mohd Tajuddin telah diisytiharkan sebagai Johan Pertandingan Dart, tempat Kedua oleh Ashraf bin Abd. Hadi dan Ketiga Aqil Dannish. Johan bagi acara Catur diungguli oleh Amar Afik bin Nor Hisham, Naib Johan Mohammad Amir Arief dan Ketiga oleh Azree Huzaimi bin Abu Bakar. Tahniah kepada para pemenang dan syabas diucapkan kepada Barisan MPP KYNS dan Pejabat KYNS, Gentam diatas kerjasama yang I 800 berbelah bahagi menjayakan program tahun ini. "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA". #FYP #KBSMalaysia#jbsn# #pbsdkualapilah #krmkualapilah #kynsgentam #mppkyns
02 OGOS 2025, Seremban β Program yang memberikan peluang kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh negara untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan serta menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan seperti senamrobik dan berjoging ataupun berlari. Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @Komuniti 2025 Peringkat Daerah Seremban (Siri 2) bertempat di Balairaya Taman Panchor Jaya tadi. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Rakan Strategik Kelab Senamrobik Lindalin dan Rakan Pengelola Kelab Senamrobik Ceria Seremban. Program yang menjadi tumpuan diperingkat komuniti ini telah menarik minat penyertaan seramai 52 orang. Program ini di meriahkan dengan kehadiran Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan Barisan ahli Kelab Senamrobik Ceria Seremban yang turut sama menyertai aktiviti tersebut. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan akan datang agar menjadi pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9 #YakinBoleh #teampbsdseremban #malaysiaaktif@komunitiseremban2025
Port Dickson, 01 Ogos - Seramai 50 peserta dari komuniti setempat sekitar daerah Port Dickson telah menyertai Program Malaysia Aktif @Komuniti Peringkat Daerah Pott Dickson (Siri 6) bertempat di Port Dickson Golf and Country Club (PDGCC). Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama Rakan Pelaksana, KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA) ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat. Pada siri kali keenam ini, KEFA membawakan kelainan dengan aktiviti aquarobik. Aquarobik yang juga dikenali sebagai aerobik air adalah bentuk senaman yang selamat dan berimpak rendah yang dilakukan di dalam air. Ia sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan. Ia juga boleh dilakukan sama ada di kolam renang peribadi atau sebagai sebahagian daripada kelas berpandu yang diketuai jurulatih kecergasan yang bertauliah. Aktiviti ini dikendalikan oleh barisan jurulatih bertauliah dari KEFA diketuai oleh Coach Zarina Harun dimulakan dengan pemanasan badan dan regangan ringan selama 30 minit sebelum para peserta dibenarkan masuk ke dalam kolam renang. Acara diteruskan lagi dengan pelbagai gerakan senaman di dalam air oleh para jurulatih selama 30 minit sahaja bagi mengelakkan kecederaan atau kekejangan otot. Peserta kelihatan ceria dan bersemangat sepanjang program selain berpeluang menikmati senaman yang menyeronokkan tanpa membebankan sendi. Air memberikan rintangan semula jadi yang membantu menguatkan otot tanpa memberi tekanan pada tulang, sendi atau otot. Aktiviti aquarobik ini menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk kesihatan kardiovaskular yang lebih baik, kekuatan otot yang dipertingkatkan dan kelenturan badan yang meningkat. Aquarobik juga boleh menjadi satu kaedah kecergasan yang menyeronokkan dan menyegarkan untuk meningkatkan tahap tenaga harian peserta. Pihak penganjur yang melihat keterujaan peserta dengan aktiviti aquarobik ini berharap agar aktiviti sebegini dapat diteruskan sebagai salah satu inisiatif komuniti sihat dan aktif di samping menarik lebih ramai penyertaan pada masa akan datang. Turut hadir bersama ialah Puan Siti Alifah Hamzah mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Puan Noormilah Abu Bakar, Pengerusi KEFA, Puan Mastura dari PDGCC dan Encik Jamaludin Sulaiman, Pengerusi GB4B (M) Cawangan Pekan Telok Kemang. Aquarobik...seronok, segar dan sihat! Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia KEFA Group Official #JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #TeamPBSDPortDickson #TeamSukan #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #KEFAxPDGCC #Aquarobik #4BPekanTK