- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 10
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROJEK PENEMPATAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN TAHAP EMAS ( KAMPUNG ANGKAT) DAERAH SEREMBAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 10
9 Januari 2026, Seremban: Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Projek Penempatan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas ( Kampung Angkat) bertempat di Kampung Semarak, Rahang Kecil yang disertai seramai 22 orang peserta.
Projek Penempatan adalah salah satu komponen wajib untuk setiap peserta Anugerah Remaja Perdana Tahap Emas disamping komponen Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Pengembaraan. Ianya perlu dilengkapkan dalam tempoh tidak kurang dari 5 hari / 4 malam berturut-turut.
Majlis Perasmian Penutup Projek Penempatan ini telah disempurnakan oleh Ybhg Datuk Latteffah Binti Ali
Ahli Majlis Bandaraya Seremban, turut hadir Puan Cindy Usun Sigau Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Seremban, En Hassan Bin Husin Pengerusi JPKK Kg Semarak , En Mohd Khushairi Bin Zainal Unit Rakan Muda PBSD Seremban , En Nasaruddin Setiausaha Surau Kg Semarak, Puan Rusni Binti Hj Shamsudin Guru Tabika Perpaduan, En Mohd Nazeem Bin Nazal Pegawai Perpustakaan Desa Kg Semarak, Datuk Menti Dr Kamaruzzaman Pertubuhan Melayu Islam Beradat Negeri Sembilan - PMIBNS ,En Zaharuddin Bin Abdul Majid Pemimpin ARPRM, Saudara Mohd Haikal Norahmad dan Saudara Raiyan Hakim Woon Mentor ARPRM.
Tahniah kepada semua peserta yang berjaya melaksanakan projek penempatan mereka , semoga semua terus cekal untuk siapkan laporan emas untuk penilaian seterusnya.
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDSeremban
#TeamKBS #TeamJBSN9
#YakinBoleh #RakanMuda #ARPRM
