- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 34
MAJLIS PENUTUP PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG 2025 (FASA 3) PERINGKAT DAERAH SEREMBAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 34
KOLAM RENANG PAROI, 24 Disember 2025 - Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Kanak- kanak B40 (6 – 12 Tahun) telah melabuhkan tirai bagi Siri 1/11 bagi Fasa 3 tahun 2025. Majlis penyerahan sijil ini disampaikan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah JBS Negeri Sembilan dengan kehadiran 40 orang peserta.
Bagi Fasa 3 ini, Negeri Sembilan menerima 11 program iaitu 8 program kategori B40, 2 program kategori warga emas dan 1 program bagi kategori OKU.
Program ini bukan sekadar melatih kemahiran asas sukan, malah menjadi platform untuk peserta membina keyakinan diri serta memberi peluang yang sama rata kepada peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program ini sehingga mencapai objektif yang dihasratkan.
#JBSNSembilan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#KLASRenangNegeriSembilan
