PERTANDINGAN KBS CHEERLEADING PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

21 DISEMBER 2025, VELOCITY MALL, KUALA LUMPUR - Tirai pertandingan Cheerleading Peringkat Kebangsaan akhirnya di dilabuhkan dengan menyaksikan sebanyak 13 Negeri bertanding bagi ketegori Level 0 dan Level 1. Walaupun Negeri Sembilan tidak berjaya membawa pulang medal namun semangat pasukan tidak luntur dan akan cuba yang terbaik di masa akan datang.
Rata-rata semua peserta berpuas hati atas prestasi yang ditunjukkan dalam acara ini kerana dengan hanya 4 kali sesi latihan sahaja mereka dapat melaksanakan dengan sangat baik.
Diharapakan pertandingan ini akan diadakan lagi di masa akan datang bagi mempromosikan Sukan Cheerleading dikalangan masyarakat Malaysia.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Puan Azura binti Abidin.
Turut hadir sama memberi sokongan kepada Team Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syariffudin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan.
#JBSNSembilan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#Cheerleading2025

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search