BATU KIKIR, 6 September 2025 - Telah berlangsung Skill For Life @Parlimen : Kursus Asas Gunting Rambut Lelaki Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 bertempat di Tam's Barber, Batu Kikir. Terdapat seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus ini yang berumur di antara 15 hingga 30 tahun. Kursus ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama PERSATUAN BELIA FELCRA BAYAI dan PPD Jempol dan Jelebu yang telah banyak membantu dalam urusan pelaksanaan program ini. Tenaga pengajar Encik Amirul Firiza bin Syafinal adalah dari pengusaha Tam' Barber itu sendiri telah banyak memberi tunjuk ajar secara teori dan praktikal kepada para peserta untuk lebih memahami asas mengunting rambut. Majlis penutup telah disampaikan oleh Encik Mohd Saiful bin Abdul Talib, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta dan sijil penghargaan kepada tenaga pengajar. Diharap kursus seperti ini dapat membantu para peserta untuk lebih memahami berkaitan asas mengunting rambut dan seterusnya dapat dipraktikkan dari masa ke semasa. #MalaysiaMadani #rakanmuda #RakanMahir #JBSNBersama #jbsn9 #pbsdjempol
SEREMBAN, 2 September 2025 - Program KLAS Renang Fasa 2 2025 Peringkat Negeri Sembilan telah bermula. Pelaksanaan program Fasa dua (2) kali ini memilih Daerah Seremban dan Tampin dimana anak-anak golongan B40 sekali lagi menjadi keutamaan sebagai peserta program. Program ini akan diadadakan di Ocean Riders Dive Academy (ORDA), Seremban manakala Daerah Tampin diadakan di Water Park Tampin. Program KLAS Renang ini akan dilaksanakan sebanyak 6 sesi latihan bermula 2 September 2025 dan berakhir 24 September 2025 melibatkan penyertaan seramai 80 orang peserta kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun. Pelaksanaan program ini adalah dengan kerjasama Persatuan Finswimming Negeri Sembilan. Antara objektif bagi pelaksaan program ini adalah memberi pendedahan kepada teknik asas berenang yang betul dan selamat, membina keyakinan dalam air (water confidence) da n dapat membudayakan gaya hidup sihat dan aktif menerusi aktiviti berenang. #JBSNegara #JBSN9 #MalaysiaMadani #KLASRenang2025
Port Dickson, 31 Ogos – Program Malaysia Aktif @Komuniti Daerah Port Dickson 2025 (Siri 10) anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA) telah berlangsung dengan meriah di Balairaya Kampung Orang Asli Bukit Kepong, bersempena Program JIWA Madani Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Port Dickson bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Kebajikan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Bukit Kepong. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Faizal Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Linggi, yang menekankan kepentingan semangat patriotisme dan perpaduan serta gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Beliau turut menyeru agar Komuniti Orang Asli terus bersama-sama mendukung aspirasi kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui penglibatan aktif dalam program sukan dan kemasyarakatan. Pengisian utama Program Malaysia Aktif @Komuniti ialah sesi senamrobik yang berlangsung selama 45 minit melibatkan pemanasan badan selama 5 minit dan aerodance selama 40 minit. Sesi senamrobik ini dipimpin oleh Coach Zarina Harun dan barisan instruktor kecergasan bertauliah dari KEFA. Aktiviti ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat termasuk golongan wanita, belia, kanak-kanak dan warga emas. Pihak Pejabat Penerangan Daerah Port Dickson telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik berkaitan kemerdekaan seperti Taklimat JIWA Madani yang disampaikan oleh Puan Azuraini Abd Majid, Pegawai Penerangan Daerah Port Dickson. Selain itu Pertandingan Mewarna Kanak-kanak serta Pertandingan Rumah Merdeka turut berjaya menceriakan lagi suasana sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. YB Datuk Mohd Faizal Ramli telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang sebagai penghargaan atas penyertaan kreatif dan semangat patriotik yang ditonjolkan. Penganjuran siri ke-10 ini membuktikan komitmen PBSD Port Dickson dan rakan strategik KEFA dalam menyantuni pelbagai lapisan masyarakat termasuk komuniti Orang Asli, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani untuk membina masyarakat sejahtera, aktif dan bersatu padu. Turut hadir memeriahkan program ini ialah Batin Omar Gomeng selaku Tok Batin Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Puan Siti Alifah Hamzah dari PBSD Port Dickson, Puan Shikin Ariffin dari Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau serta kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Port Dickson. Di akhir program, YB Datuk Mohd Faizal Ramli bersama semua yang hadir telah menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat sambil mengibarkan bendera Malaysia sebagai simbolik kepada sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke68. Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-68, Malaysia Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan KEFA Group Official Pejabat Penerangan Daerah PD Jakoa Negeri Sembilan Melaka #JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #TeamPBSDPortDickson #TeamUnitSukan #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #KEFAxKOABukitKepong #PeneranganPD
30 OGOS 2025, Seremban –Pada Jam 9.00 malam tadi telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Peringkat Daerah Seremban (Siri 5) bertempat di Padang Permainan Taman Matahari Indah , Senawang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban inj dengan kerjasama rakan strategik Persatuan Senamrobik Lindalin dan rakan pelaksana Kelab Senamrobik Sihat Harmoni dan KRT Taman Matahari Indah, Senawang . Program yang memberikan peluang kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh negara untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan serta menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan seperti senamrobik dan berjoging ataupun berlari. Program inj diserikan lagi dengan kehadiran En Wong Jin Wie Ahli Majlis Bandaraya Seremban dan En Faizul Bin Kamaruzzaman Pengerusi Kelab Rukun Tertangga (KRT) Taman Matahari Indah, manakala Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban diwakili oleh En Khushairi bin Zainal. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada KRT Taman Matahari Indah, Kelab Senamrobik Sihat Harmoni dan setiap individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9 #YakinBoleh #teampbsdseremban #malaysiaaktif@komunitiseremban2025
30 OGOS 2025, Seremban – Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @Komuniti 2025 Peringkat Daerah Seremban (Siri 6) bertempat di Kabin D’Palma & D’Elise, Taman Bandar Baru Senawang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban ini dengan kerjasama rakan strategik Persatuan Senamrobik Lindalin dan rakan pelaksana Kelab Kecergasan Energetic Gemilang dan KRT Taman Bandar Baru Senawang. Selain daripada berzumba, turut diadakan Pertandingan Pakaian Beragam yang bertemakan Hari Merdeka. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan Encik Fairul Ezzuan bin Rasaik, Pengerusi KRT D’Palma & D’Elise, Taman Bandar Baru Senawang serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada KRT D’Palma & D’Elise, Taman Bandar Baru Senawang, Kelab Kecergasan Energetic Gemilang dan setiap individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9 #YakinBoleh #teampbsdseremban #malaysiaaktif@komunitiseremban2025
Port Dickson, 30 Ogos - Program Malaysia Aktif @Komuniti Daerah Port Dickson 2025 (Siri 9) anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA) telah berlangsung meriah di Taman Vista Jaya, Lukut hari ini. Tema pada edisi kali ini ialah Kemerdekaan bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan 2025 yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Vista Jaya. Acara senamrobik yang berlangsung selama satu jam itu telah dipimpin oleh Coach Zarina Harun dari KEFA bersama barisan instruktor senamrobik bertauliah yang lain. Sesi dimulakan dengan pemanasan badan dan diteruskan dengan aerodance. Para peserta yang terdiri dari penduduk Taman Vista Jaya, Taman Bayu Indera dan kawasan sekitar berasa teruja dengan aktiviti gerakan senam cergas yang dilakukan dan mereka menjalani sesi dengan penuh bertenaga. Di akhir sesi, Puan Siti Alifah Hamzah dari PBSD Port Dickson bersama Puan Siti Fauziah Jaafar, Timbalan Presiden KEFA telah menyerahkan sijil penghargaan dan plaka penghargaan kepada Tuan Haji Jamaluddin Arshad di atas kesudian menjemput acara senamrobik sebagai sebahagian dari Program Sambutan Hari Kemerdekaan Taman Vista Jaya. PBSD Port Dickson dan KEFA merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dengan program ini secara langsung atau tidak langsung. Kekal aktif dan sihat. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan KEFA Group Official #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #KEFAxTamanVistaJaya #janjipeluh
TAMPIN, 30 Ogos 2025 (Sabtu) - Bersempena dengan Program Kembara Merdeka Akar Umbi 2.0 Negeri Sembilan 2025 Daerah Tampin, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin telah dilantik sebagai penyelaras bagi mengendalikan aktiviti sukan rakyat. Antara aktiviti sukan rakyat yang dipertandingkan ialah Sukan Tarik Tali, Sepak Raga Bulatan, Bola Jaring Shootout, Lari Dalam Guni dan Basikal Lambat. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato' Mohd Isam bin Hj. Mohd Isa Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin. Turut hadir bersama Ustaz Mohamad Firdaus bin Rustam, Penyelaras DUN Gemas, Ketua-ketua serta wakil Jabatan Persekutuan dan Negeri. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
TAMPIN, 30 Ogos 2025 (Sabtu) - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 10) bertempat di D Sawah Londah, Gemas. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama KRT Gemas Indah, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Gemas Indah, Tadika Kemas Kg. Gemas Indah dan Kelab Senamrobik Sihat Anggun. Program Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Mohamad Firdaus bin Rustam, Penyelaras DUN Gemas. Turut hadir bersama En. Ahmad Fareez bin Mohamad Fauzi, Penghulu Mukim Gemas, En. Jasnie bin Abd Rahman, Wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, En. Zulkerzin bin Abd Aziz, Pengerusi JPKK Kg. Gemas Indah dan Puan Noor Fisah binti Mohamed, Presiden Kelab Senamrobik Sihat Anggun. Penganjuran pada siri kali ini adalah bersempena dengan Program Sambutan Hari Merdeka ke 68 anjuran JPKK Kg. Gemas Indah. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
29 Ogos 2025 (Jumaat) Seremban - Telah berlangsung Program Mobilisasi Skuad Ihsan Madani Sukarelawan Anak Malaysia (Satria) Peringkat Daerah Seremban bertempat di Kolej JSJ, Seremban yang telah disertai seramai 82 orang peserta. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban bersama Kelab Belia India Malaysia (MIYC) Kawasan Rasah. Antara pengisian dalam program ini, para peserta didedahkan berkaitan pertubuhan belia, sesi kahoot kemerdekaan, ceramah alam sekitar dan kesukarelawanan. Turut hadir Puan Qurratuaini Binti Ruslan Pegawai Hal Ehwal Murid Kolej JSJ, Saudara Rohit Silva MIYC Negeri Sembilan, Puan Fairuz Binti Mohammad dan En Mohd Khushairi bin Zainal dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dan Saudara Hemanath Siyamalaruban Pengerusi Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Kawasan Rasah serta ahli-ahlinya. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDSeremban #TeamKBS #TeamJBSN9 #YakinBoleh #RakanMuda #SkillsForLife