PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2025 (SIRI 7)

PAROI, 19 November 2025 – Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Seremban 2025 (Siri 7) yang telah diadakan di Wakaf Pak Ngah Atan, Taman Golf Height, Seremban. Pengisian program pada pagi ini adalah Taichi yang telah di kendalikan oleh Jurulatih daripada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE @MYAgeing) Seremban. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan Rakan Strategik Kelab Senamrobik Sihat Harmoni bersama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE @MYAgeing) Seremban.
Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan.
Turut hadir memeriahkan program pada pagi ini, Encik Mat Zin bin Abdullah, Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE @MYAgeing) Seremban, Cik Reena Nornisha binti Nordin dan Encik Mohd Khushairi bin Zainal wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Malaysia Aktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdseremban

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search