- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 58
PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2025 (SIRI 8 )
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 58
SENAWANG, 23 November 2025 – Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Seremban 2025 (Siri 8 ) yang telah diadakan di Klinik Kesihatan Senawang. Pengisian program pada pagi ini adalah Senamrobik yang telah di kendalikan oleh Jurulatih daripada Kelab Senamrobik Sihat Harmoni. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan Rakan Strategik Kelab Senamrobik Sihat Harmoni bersama Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Senawang.
Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan.
Turut hadir memeriahkan program pada pagi ini, Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Encik Muhammad Asyraf bin Hasnan, Jurupulih Perubatan Fisioterapi Klinik Kesihatan Senawang serta barisan Jurulatih daripada Kelab Senamrobik Sihat Harmoni.
Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Senawang
Malaysia Aktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdseremban
