PROGRAM RAKAN MAHIR : ASAS SENI UKIRAN KREATIF SEGAR BERUKIR

Gemencheh, 29 November 2025 (Sabtu) - Rakan Mahir adalah salah satu Gaya Hidup Rakan Muda yang bertujuan untuk mencungkil minat dan bakat para penduduk setempat khasnya para belia dalam pelbagai kemahiran yang dapat menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa.
Bertempat di Balairaya Kampung Tengah Gemencheh , seramai 20 orang peserta yang terdiri dari pelbagai peringkat umur menyertai kursus asas ini yang dikelolakan oleh Kelab Beliawanis Progresif Bandar Tampin. Puan Siti Aminah binti Salim selaku pengajar pada kursus kali ini adalah seorang pengajar yang bertauliah dalam bidang Penyediaan Makanan dan berpengalaman luas dalam bidang seni ukiran.
Majlis diserikan dengan kehadiran YB Tuan Suhaimizan bin Bizar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Gemencheh, Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, Encik Mohd Zain bin Md Sevan, Pengerusi JPKK Kampung Tengah, Encik Nuramirul Hidayat bin Nazry, Pengerusi Kelab Kelab Gabungan MAYC Kawasan Tampin, dan Puan Norhazwani Sakinah binti Minal, Pengerusi Kelab Beliawanis Progresif Bandar Tampin.
Rakan Muda Rakan Mahir
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#rakanmuda
#teampbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search