SIRI AKHIR PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025 (SIRI 10)

TAMPIN, 26 November 2025 (Rabu) - Pagi ini cuaca yang cerah serta damai dapat merialisasikan pelaksanaan siri terakhir Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 10) yang melabuhkan tirai dengan penuh meriah dan bersemangat.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Rakan Strategik Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Tampin dan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Tampin ini telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Tampin.
Program dimulakan dengan acara chairobik yang telah dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Tampin dan diakhir dengan majlis perasmian penutup serta penyampaian hadiah.
Turut hadir memeriahkan suasana program, En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, En. Tuan Dandan bin Tuan Sulong, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Puan Syakila binti Zainol wakil Pejabat Kesihatan Daerah Tampin dan Puan Hjh. Maznah binti Abd Aziz, Pengerusi PAWE Daerah Tampin.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Dengan berakhirnya siri ke-10 ini, berakhirlah sudah program senaman warga emas bagi tahun 2025 Peringkat Daerah Tampin.
Semoga program ini dapat memupuk semangat kekal aktif secara berterusan serta konsisten sebagai pembudayaan sukan dalam kehidupan.
Buah terung buah peria,
Hendak dijual di Pekan Gemas,
Aktiviti senamrobik sangat ceria,
Antara belia dengan warga emas
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search