- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 49
SIRI 10 | SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT DAERAH REMBAU 2025 MELABUHKAN TIRAI
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 49
REMBAU, 15 November 2025 (Sabtu) – Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Rembau 2025 menutup siri tahunannya dengan penganjuran Siri ke-10, disertai seramai 35 peserta di Astaka Padang Dataran Rembau.
Sesi penutup dimulakan dengan senaman irama yang berlangsung ceria dan penuh semangat, seiring dengan bidalan motivasi program “tua bukan penghalang, selagi bergerak tubuh, segar berpanjangan.” Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah dan sijil penghargaan bagi meraikan komitmen peserta dalam sukaneka sepanjang siri terdahulu.
Turut hadir memeriahkan program ialah En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau), Puan Shafinah binti Sangkap (Pembantu Pegawai Unit Komuniti dan Warga Emas JKM Daerah Rembau) dan Puan Nor Aishah binti Ibrahim (Timbalan Pengerusi PAWE Daerah Rembau).
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberikan sokongan padu sepanjang pelaksanaan bagi edisi 2025. Kerjasama ini diharapkan dapat diteruskan demi kesejahteraan warga emas Rembau.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#SenamanWargaEmasAktif #MalaysiaAktif
#RembauAktif
#JKMRembau
#PAWERembau
#KelabSukanKecergasanFitAero
