- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 45
SENAMAN WARGA EMAS AKTIF 2025 DAERAH JELEBU
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 45
JELEBU, 24 NOVEMBER - Telah berlangsung Senaman Warga Emas Aktif 2025 Daerah Jelebu Siri 7 bertempat di Empangan Sungai Buloh, Simpang Durian dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas Jelebu
Objektif aktiviti ini adalah untuk melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat dan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat mahupun penggiat kecergasan komuniti. Akhir sekali, aktiviti ini menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Diharapkan dengan pendekatan yang diambil ini dapat mencapai hasrat YB Menteri Belia dan Sukan untuk masyarakat warga emas.
#JBSN
#JBSN9
#PBSDJelebu
#MalaysiaAktif
