Rembau, 11 Ogos 2025 (Isnin) – Program Mobilisasi Skuad Ihsan Madani Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 Peringkat Daerah Rembau telah berlangsung dengan jayanya di Jeram Rekreasi Sungai Talan, Rembau. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Pertubuhan Belia Lubuk China diadakan bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan, memperkukuh perpaduan masyarakat serta meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Antara yang memberikan sokongan padu ke atas usaha ini termasuklah Kolej Komuniti Rembau, Institut Latihan Perindustrian Pedas dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Rembau menyemarakkan lagi suasana program serta memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak kerajaan, institusi latihan dan komuniti setempat. Kehadiran Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia & Sukan Daerah Rembau, Encik Mahadi bin Sudin, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Komuniti dan Puan Amalina binti Zainal, Timbalan Pengarah Pengurusan Kolej Komuniti turut menyerikan lagi perjalanan program. Sesi regangan badan bagi memastikan kesediaan fizikal serta mengelakkan kecederaan terlebih dahulu dilakukan sebelum sesi taklimat ringkas pembahagian tugasan dan kawasan kerja telah disampaikan oleh Encik Ahmad Fahmi bin noordin, selaku operator kawasan Jeram Rekreasi Sungai Talan. Antara lokasi pembersihan dan kutipan bahan buangan termasuk di kawasan meletak kereta dan operasi pekerja seterusnya sepanjang jeram Lubuk Talan. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua sukarelawan, rakan strategik dan individu yang telah menyumbang masa, tenaga dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kesukarelawanan ini terus diperkasa demi membina masyarakat yang prihatin, bersatu padu dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNBersama #rakanmuda #RakanPrihatin #pbsdrembau #ilppedas #kolejkomunitirembau #jabatanbombadanpenyelamatrembau
TAMPIN, 10 Ogos 2025 (Ahad) - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri bertempat di Taman Rekreasi Menuang Bertembok, Pasir Besar, Gemas. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Kelab Senamrobik Sihat Anggun. Program Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian. Penganjuran pada siri kali ini adalah bersempena dengan Program Olek Godang 2025. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
SEREMBAN 2, 9 Ogos 2025 - Telah diadakan pertandingan Push Bike yang diadakan selama 2 hari bermula hari ini dan akan berakhir esok bertempat di Aeon Mall Seremban 2. Objektif utama program ini adalah untuk mengajar kanak-kanak kemahiran mengimbangi dan koordinasi, meningkatkan kekuatan kaki, dan menggalakkan gaya hidup aktif. Program ini juga bertujuan untuk memupuk keyakinan diri, kemahiran motor dan kesedaran alam sekitar melalui aktiviti luar. Selain itu, ia dapat menjadi platform untuk mengenal pasti dan memupuk bakat muda dalam sukan dua roda. Program ini anjuran Persatuan Push Bike Pro Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Seramai 310 orang peserta dari seluruh Malaysia dan negara jiran yang telah berdaftar dengan mengambil bahagian bagi pelbagai kategori dari peserta berumur 2 tahun hingga 9 tahun. Majlis penyampaian hadiah dan penyerahan mock cheque disempurnakan oleh Puan Siti Suhana binti Mohd DaralSalam, Pegawai Kecergasan Nasional Jabatan Belia dan Sukan bersama Encik Noor Hysham Bin Ghazali Pengerusi Persatuan Push Bike Pro Malaysia. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan teruskan berjuang kepada semua peserta untuk ke peringkat seterusnya. Di harap semoga semua ibubapa akan terus memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka dalam bidang sukan terutamanya sukan 2 roda. #teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9 #YakinBoleh
09 OGOS 2025, Seremban - Telah berlangsung Pertandingan Ping Ppng 1000 Liga Peringkat Daerah Seremban bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Rantau dengan penyertaan seramai 80 orang dengan mempertandingkan Kategori Perseorangan. Pertandingan dimulakan pada jam 8.30 pagi. Program yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan terlibat dalam aktiviti sukan serta menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Scorpions Table Tennis Club. Johan di rangkul oleh Ernest Wong Xuan Rui, Naib Johan pula jatuh kepada Mohamad Nabil bin Mohamad Nehan dan tempat Ketiga di menangi oleh Zuhairee bin Ismail. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempunakan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban diiringi oleh Encik Muhamad Akmal bin Jamaludin, Presiden Scorpions Table Tennis Club. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9 #YakinBoleh #teampbsdseremban #1000ligaseremban2025
9 Ogos 2025, JELEBU : Telah berlansung Program Gotong Royong Madani Program Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 1 Peringkat Daerah Jelebu dan Program Jiwa @ Sekolah Malaysiaku bertempat di SMK Undang Jelebu. Program Kolaborasi yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menyemai semangat kesukarelaan, pembinaan pasukan dan juga semangat patriotisme di kalangan golongan belia berusia 15 - 25 tahun. Antara pengisian program ini ialah, Penyampaian Bendera Malaysia dan juga gotong royong mengecat kawasan Sekolah. Keterlibatan Agensi, NGO’s dan Individu yang hadir di dalam program ini seperti Murid, Guru dan Warga Kerja SMK Undang Jelebu, Pejabat Penerangan Daerah Jelebu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Undang Jelebu, RELA Daerah Jelebu, Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu dan Persatuan Belia MBFM Felda Pasoh 4 merupakan antara faktor kemenjadian penganjuran program yang dihadiri seramai 180 orang pada kali ini. Program yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Muhammad Fadzli bin Hamid, Pengetua SMK Undang Jelebu turut dihadiri oleh Tuan Hj. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Puan Parimala Devi Suppiah wakil Pegawai Penerangan Daerah Jelebu, En. Azrin bin Adnan Yang Dipertua PIBG SMKUJ, Insp. Mohammad Naqip bin Abdul Rahim Pegawai Perhubungan Sekolah SMKUJ Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu dan Saudara Syaiful Haziq bin Surate Pengerusi Persatuan Belia MBFM Felda Pasoh 4. Semoga pelaksanaan program Siri 1 pada kali ini akan dapat memberi semangat kepada golongan belia yang terlibat dalam kerja-kerja berkaitan kesukarelaan. #Satria2025 #rakanmuda #beliajelebu #jelebu #jbsn9 #kbs #teamkbs #jbsnegara #pmx #ksn #tpm1 #ybm #ybtm #ksukbs
Jelebu, 8 OGOS – Klinik Pengenalan Sukan Pickleball telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu bertempat di Lobi Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu hari ini. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan sukan Pickleball yang kian mendapat sambutan di seluruh negara, khususnya dalam kalangan warga kerja agensi kerajaan dan komuniti setempat. Seramai 30 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu dan agensi-agensi yang beroperasi di Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu telah menyertai klinik ini. Sepanjang program, peserta didedahkan kepada asas permainan, peraturan, teknik asas dan sesi praktikal yang dikendalikan oleh kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Program ini diharap dapat menjadi langkah awal memperluas penglibatan komuniti dalam gaya hidup sihat melalui sukan baharu yang menyeronokkan ini. #TeamKBS #TeamJBSN #TeamJBSN9 #JBSNbersama #PBSDJelebu
08 OGOS 2025, Seremban – Sambutan Hari Sukan Negara 2025 akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 11 Oktober 2025. Satu sesi perjumpaan dan perbincangan telah diadakan bersama Tuan Haji Muhamad Najib bin Mustafa, Pegawai Daerah Seremban bertempat di Pejabat Tanah dan Daerah Seremban pada 10.00 pagi tadi. Perbincangan ini bertujuan membentangkan perancangan serta pengisian aktiviti sempena Program Hari Sukan Negara 2025 (HSN 2025) Peringkat Daerah Seremban. Perbincangan dan pembentangan program telah dibentangkan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban. Program tahunan ini sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat dan dilaksanakan dengan meriah sekali. Semoga segala yang dirancang untuk program ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak secara langsung mahupun tidak dalam sama-sama menjayakan HSN 2025 Peringkat Daerah Seremban. Jumpa semua pada 11 Oktober 2025 nanti !! #teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9 #YakinBoleh #teampbsdseremban #HARISUKANNEGARA2025 #HSN2025 #HSNSEREMBAN2025
TAMPIN, 7 Ogos 2025 – Kerjasama rentas agensi antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, Majlis Agama Islam Daerah Tampin dan Majlis Belia Daerah Tampin telah berjaya melaksanakan Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Tampin yang berlangsung pada 5 hingga 7 Ogos 2025 bertempat di Akademi Kecemerlangan Minda dan Fizikal Felda Bukit Rokan. Program yang diadakan selama tiga hari ini telah disertai seramai 50 orang peserta yang melibatkan pelajar daripada SMK Tunku Syed Idrus, SMK Tunku Besar Tampin, SMK Dato’ Mohd Taha, SMK Tunku Abdul Rahman dan SMK Jelai. Program ini bertujuan untuk melahirkan belia yang berfikiran kritis, kreatif dan berjiwa besar serta berbakti kepada komuniti. Sepanjang program ini berlangsung, peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan ilmu yang telah dikongsikan oleh pelbagai Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Tampin, Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan Universiti Putra Malaysia, Persatuan Belia Dinamik Barat NS , Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Rokan dan komuniti setempat. Majlis perasmian penutupan program ini telah disempurnakan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Hadir sama bagi memeriahkan lagi majlis ini Puan Nurul Faizurin binti Mohd Noor, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, Puan Che Rozita binti Che Rahman, Pegawai MAINS Daerah Tampin dan Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin. Terima kasih diucapkan kepada semua yg terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama erat diteruskan lagi demi pembangunan belia di daerah ini khasnya. Dan semoga program ini dapat memberi impak positif kepada para peserta dalam usaha melahirkan generasi yang lebih cemerlang dan prihatin kepada masyarakat. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNBersama #pbsdtampin
Port Dickson, 07 Ogos - Satu sesi perjumpaan dan perbincangan telah diadakan bersama Puan Nurhazelin Makli, Pegawai Daerah Port Dickson bertempat di Pejabat Pegawai Daerah Port Dickson pada jam 02.30 petang, hari ini. Perbincangan ini adalah bertujuan untuk membentangkan perancangan Program Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) Daerah Port Dickson kepada Puan Pegawai Daerah Port Dickson selaku Pengerusi Program ini. Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah membentangkan kertas konsep HSN2025 Daerah Port Dickson kepada Puan Nurhazelin Makli dan semua yang hadir. Pelaksanaan sambutan HSN2025 adalah secara fizikal di setiap peringkat bagi memastikan konsep "no one left behind" dapat direalisasikan. Pelbagai acara sukan telah dirancang dan dibentangkan bagi memeriahkan sambutan HSN2025 terutamanya berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda dan kluster sukan seperti sukan teras, sukan rekreasi (air, udara, darat), kecergasan sukan, sukan baharu, sukan rakyat/tradisional dan sukan Orang Kurang Upaya (OKU). Konsep HSN2025 Daerah Port Dickson pada edisi kali ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelum ini kerana lokasi pelaksanaan yang dipilih ialah Pantai Bagan Pinang yang terletak di Jalan Batu 3, Port Dickson. Justifikasi pemilihan tempat ini adalah kerana pantai ini merupakan tumpuan pengunjung pada hujung minggu, dilengkapi dengan fasiliti/prasarana di bawah seliaan Majlid Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan kawasan pantai yang landai untuk aktiviti sukan pantai dan aktiviti sukan rekreasi air seperti kayak dan stand-up paddle. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson selaku penganjur utama telah membuat gerak kerja awal serta menyenaraikan 22 jenis aktiviti sukan dan acara sampingan yang bakal berlangsung pada 11 Oktober 2025 nanti . Kesemua aktiviti yang bakal dijalankan pada HSN2025 adalah dengan kerjasama persatuan belia, kelab sukan, kelab Rakan Muda dan dan agensi-agensi kerajaan di sekitar Port Dickson sebagai rakan strategik PBSD Port Dickson. Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah Beach Fun Walk 2KM, Fun Run 5KM Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025, Kayuhan MADANI : Paddle To Pulau Burung, Stand-Up Paddle Gathering, Himpunan dan Demonstrasi Waja Diri, Aerobikthon 120-Minutes Non-Stop Challenge, Cross Fit Challenge, acara/pertandingan sukan pantai (bola sepak, bola jaring, petanque, bola tampar, sepak takraw), Pertandingan Kabaddi, Treasure Hunt Belia 4B, Sukan Rakyat OKU, Pertandingan Tarik Tali RELA Sihat, Perkhemahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), Mari Mencuba Memanah dan lain-lain lagi. Puan Pegawai Daerah Port Dickson menerima baik Kertas Cadangan Program HSN2025 Daerah Port Dickson yang dibentangkan dan beliau mengingatkan beberapa aspek yang perlu diambilkira terutamanya aspek keselamatan dan kebersihan. Perincian program oleh pihak PBSD Port Dickson bagi meneliti dan memperhalusi perancangan Program HSN2025 Port Dickson ini seperti laluan keluar masuk ke tapak program, penanda arah, kawalan lalulintas trafik, pasukan keselamatan di darat, pasukan keselamatan di air dan tempat parkir kenderaan pengunjung. Beliau juga akan membuat satu pemakluman kepada semua agensi kerajaan (persekutuan dan Negeri), badan berkanun, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dan syarikat-syarikat di dalam daerah Port Dickson untuk turut meraikan Program HSN2025 Port Dickson bermula 10 hingga 12 Oktober 2025. Beliau yakin dan percaya bahawa Program HSN2025 pada tahun ini akan berlangsung meriah dan mencapai objektif yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Turut hadir bersama dalam sesi perjumpaan dan perbincangan ialah Puan Siti Nursoleha Abdul Kadir, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), Pejabat Daerah Port Dickson dan pegawai-pegawai dari PBSD Port Dickson. Ayuh warga PD... Dtg beramai-ramai ke HSN2025 di Pantai Bagan Pinang pada 11 Oktober ini ! Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson #JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #TeamPBSDPortDickson #TeamSukan #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #HSN2025PD