- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 52
PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025 (SIRI 7)
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 52
TAMPIN, 5 November 2025 (Rabu) – Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 7) yang telah diadakan di Taman Rekreasi Tampin. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Rakan Strategik Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Tampin dan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Tampin.
Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan.
Program pagi ini dimulakan dengan acara senamrobik sebelum diteruskan lagi dengan aktiviti senam kolektif yang telah dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Tampin.
Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Maznah binti Hj. Tamby, Pegawai Unit Warga Emas Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Hjh. Maznah binti Abd Aziz, Pengerusi PAWE Daerah Tampin.
Malaysia Aktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin
