PROGRAM MOTOCROSS TRACKDAY 2025 (SIRI 1 & SIRI 2)

Alhamdulillah, Program Motocross Trackday 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Permotoran Tangkak bagi dua siri penganjuran:
  Siri 1: 7 – 8 November 2025
  Siri 2: 8 – 9 November 2025
Program ini menghimpunkan peminat dan pelumba motocross dari pelbagai peringkat — daripada pelumba baharu hinggalah kepada pelumba berpengalaman. Ia menjadi platform terbaik untuk menimba ilmu, mengasah kemahiran tunggangan, serta membina semangat kesukanan dalam komuniti permotoran.   
Lebih menarik, kehadiran Gabit rider motocross negara turut memeriahkan program kali ini!  
Beliau bukan sahaja berkongsi pengalaman dan tip berguna tentang dunia motocross, tetapi juga memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus maju dalam sukan lasak ini.  
Sepanjang dua siri berlangsung, suasana di trek cukup meriah dengan aksi lincah para peserta menawan laluan mencabar di Kompleks Permotoran Tangkak.   
Tahniah kepada semua peserta atas semangat dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang program.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua urusetia, sukarelawan, serta pihak yang terlibat menjayakan Motocross Trackday 2025.
Semoga penganjuran ini terus menyemarakkan minat dan memperkukuh perkembangan sukan permotoran tanah air.  
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#JBSNBersama
#KBSMalaysia
#teamjbsn9
#RakanLitar

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search