TAMPIN, 19 Ogos 2025 (Selasa) – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Senaman Warga Emas Aktif 2025 Peringkat Daerah Tampin. Mesyuarat di adakan di Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Tampin (PAWE). Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perlaksanaan Program Senaman Warga Emas Aktif 2025 Peringkat Daerah Tampin yang akan dilaksanakan sebanyak 10 siri bermula pada bulan September 2025. Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Dr. Jaspreet Kaur Dari Klinik Kesihatan Daerah Tampin, Puan Hjh. Maznah binti Aziz Pengerusi PAWE Daerah Tampin dan barisan AJK PAWE Daerah Tampin. #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Cawangan Pekan Teluk Kemang telah selesai melaksanakan Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025. Program ini bermula dari 15 Ogos 2025 hingga 17 Ogos 2025 bertempat di Pusat Latihan DRB-HICOM, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program Pengurusan Organisasi ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pemimpin belia khususnya dan aktivis belia amnya ke arah melahirkan pemimpin yang berwibawa dan dapat membawa perubahan positif dalam masyarakat dan negara. Peserta bagi program ini daripada golongan belia yang terdiri dari beberapa persatuan, kelab, SRM dan juga SRM IPT. Program ini merangkumi 5 modul, iaitu Kepimpinan dan Kemahiran Komunikasi, Penyediaan Kertas Kerja dan Pengurusan Kewangan, Pengurusan Mesyuarat dan Dokumentasi, Kembara PPO dan Pembentangan Kumpulan. Semoga apa yang dipelajari sepanjang tiga hari ini dapat memberi manfaat dan ilmu pengetahuan kepada peserta. Seterusnya, mampu menjadi seorang pemimpin yang berwibawa di masa akan datang. #ppon9 #ppo2025 #jbsn #kbs
JELEBU, 18 OGOS - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Siri 7 Daerah Jelebu dengan kerjasama Perpustakaan Awan Jelebu, Pusat Aktiviti Warga Emas Jelebu dan Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu bertempat di Perpustakaan Awam Jelebu. Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan iaitu senamrobik dan joging / berlari. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian. Pelaksanaan program Malaysia Aktif @ Komuniti juga menjadi sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas dan menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan. Semoga program sebegini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif. #TeamKBS #TeamJBSN #TeamJBSN9 #JBSNBersama #PBSDJelebu
PORT DICKSON, 17 Ogos – Pertandingan Petanque sempena Program 1000 Liga Daerah Port Dickson telah berlangsung dengan penuh meriah di Gelanggang Petanque Kompleks Sukan Tan Sri Dato Haji Mohd Said, Seremban 2. Program ini telah diserta oleh seramai 128 orang peserta yang mempertandingkan kategori terbuka. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama rakan strategik PD United Football Club serta rakan pelaksana Persatuan Petanque Negeri Sembilan. Pertandingan ini dijalankan secara liga bagi mencungkil bakat di kalangan peserta di samping menggalakkan masyarakat bergiat aktif dan cergas dalam aktiviti sukan. Seawal jam 08.00 pagi, pertandingan dimulakan dengan pusingan liga peringkat kumpulan dan diteruskan sehingga ke pusingan peringkat akhir. Para peserta telah bertanding dengan oenuh semangat dan bersungguh-sungguh walaupun keadaan cuaca yang sangat panas. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, diiringi oleh Encik Atif Sheikh Ismail, Setiausaha Persatuan Petanque Negeri Sembilan. Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, mini cek cura serta sijil pemenang. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Siti Alifah Hamzah dan Encik Mohd Azam Zakaria dari PBSD Port Dickson serta Encik Firdaus Lokmanalhakim mewakili PD United Football Club. Pertandingan ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat melalui sukan, malah menjadi platform memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, persatuan sukan dan komuniti setempat. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan Persatuan Petanque Negeri Sembilan pepnes PD united #JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #TeamPBSDPortDickson #TeamUnitSukan #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #Petanque #1000LigaPortDickson
TAMPIN, 17 Ogos 2025 (Ahad) – Pada hari ini menyaksikan lebih daripada 70 pelumba meliputi 14 kategori mengikut jantina dan peringkat umur yang melibatkan penyertaan dari pelbagai kelab berbasikal dalam dan luar negeri. Kg. Seri Repah telah menjadi lokasi medan taruhan para pelumba bagi mengungguli kategori masing-masing. Kejohanan di bawah Program Geran Padanan Sukan (GPS) Kementerian Belia dan Sukan ini telah dianjurkan oleh Kelab Berbasikal Kayuh Lambek (KLCC) dan Persatuan Berbasikal Daerah Tampin (TCA) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Majlis Daerah Tampin. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama En. Saiful Adly bin Hj. Abd Wahab, Presiden Persatuan Berbasikal Daerah Tampin serta wakil-wakil Jabatan Persekutuan dan Negeri Jawatankuasa pengelola mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tampin, Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan Hospital Daerah Tampin dalam membantu kelancaran dan keselamatan sepanjang kejohanan ini. Tahniah di ucapkan kepada para pemenang. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
Kuala Pilah, 16 Ogos 2025 - Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 12 telah pun diteruskan lagi bersempena dengan penganjuran Program Kuala Pilah Selamat 2025 di Dataran Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah bermula seawal jam 7.30 pagi tadi. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah dan Persatuan Senamrobik SE. Seramai 200 orang peserta senamrobik telah mengambil bahagian dan menjayakan program kali ini. Penglibatan komponen pelbagai bangsa, agama dan umur telah pun bemandi peluh diiringi dengan muzik beserta instruktor senamrobik yang penuh berenergertik dan lincah. Disamping aktiviti senamrobik, pelbagai lagi aktiviti yang dianjurkan seperti pertandingan tarik tali, sukaneka, pocket talks, gerai pameran dan jualan, kaunter bayaran saman PDRM dan JPJ, kaunter pungutan zakat dan kaunter cukai tanah serta banyak lagi aktiviti yang menarik minat pengunjung. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan dengan diiringi oleh Ketua IPD Kuala Pilah, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah dan Ketua-ketua Jabatan dan wakil. #FYP #THISISPILAH #hsndkp2025 #beliabeliawaniskp #KBSMalaysia #jbsn #jbsn9 #pbsdkualapilah #krmkualapilah
Port Dickson, 16 Ogos - Telah berlangsung Program Mobilisasi Skuad Ihsan MADANI Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Port Dickson Siri 1/2025 bertempat di Kampung Sungai Raya, Linggi Port Dickson. Objektif utama program Sukarelawan SATRIA 2025 adalah untuk memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan belia, memberikan pendedahan kepada kerja-kerja sukarela dan menyumbang kepada masyarakat melalui khidmat bakti. Program ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan inisiatif kesukarelawanan, meningkatkan kemahiran belia dan mengukuhkan perpaduan masyarakat. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Pekan Telok Kemang bersama Rakan Strategik dari Masjid Kariah Kampung Sungai Raya, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Raya, Pejabat RELA Daerah Port Dickson, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), MykasihCare Daerah Port Dickson, Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson, Sekretariat Rakan Muda (SRM) Kolej UNITI, KEFA Aerofitt Sports Club dan Kelab Rakan Muda Port Dickson. Program melibatkan penyertaan seramai 85 orang sukarelawan yang membersihkan Rumah Asnaf dan kawasan perkuburan. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Haji Mohd Faizal Bin Ramli, Pengerusi WlJawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital, Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Linggi. Hadir sama Encik Mohd Faizal Bin Mohd Arif Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Port Dickson. YAKIN BOLEH, RAKAN MUDA! Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan Rakan Muda #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda
Rembau, 16 Ogos 2025 (Sabtu) - Siri Ke 4, Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Rembau diteruskan lagi pada hari ini dengan kehadiran lebih 50 orang di Gelanggang Futsal Dataran Rembau. Aktiviti senamrobik menjadi tarikan utama, disamping penganjuran perlawanan Bola Tampar 5 Penjuru antara pasukan Majlis Daerah Rembau, AADK Rembau, IKTBN Chembong, Kolej Komuniti Rembau dan Komuniti Kg. Semerbok. Sepanjang pelaksanan program, terpancar kemeriahan dengan gelak tawa lantaran aksi para peserta terutamanya mereka yang jarang mengikuti aktiviti senamrobik. Program ini bukan sekadar riadah, tetapi menjadi bukti bahawa pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Semangat kerjasama dan kebersamaan inilah yang mengukuhkan komuniti Rembau untuk terus aktif dan sihat. Program diserikan dengan kehadiran Puan Aniza binti Salim, Ketua Pegawai AADK Daerah Rembau, Encik Muhammad Izzat Emir bin Roshizan, Pegawai Unit Pembangunan Sukan dan Rekreasi, PBSD Rembau dan Puan Nur Hidayah binti Jumat, Pegawai Pembangunan Pelajar Komuniti Komuniti Daerah Rembau. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, semoga usaha ini terus membudayakan gaya hidup sihat serta mengukuhkan semangat komuniti Rembau. #MalaysiaAktif #RembauAktif #KomunitiHebat Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan
Port Dickson, 16 Ogos - Bulan Ogos sinonim dengan jolokan nama bulan Kebangsaan atau bulan Kemerdekaan kerana tarikh keramat 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan bagi negara kita. Justeru itu, banyak program-program atau aktiviti berbentuk kemerdekaan dijalankan bagi menyemarakkan kempen ini bagi menaikkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat Malaysia. Program Malaysia Aktif @Komuniti Daerah Port Dickson (Siri juga tidak ketinggalan untuk meraikan kempen kemerdekaan dalam penganjuran program pada edisi kali ini. Program anjuran KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dan rakan strategik Pelitawanis TNB Daerah Port Dickson telah berlangsung meriah bertempat di Dewan Kelab Kilat TNB Daerah Port Dickson, hari ini. Aktiviti kecergasan yang dibawakan ialah Mini Aerobikthon bertemakan Merdeka. Seramai 50 orang peserta telah hadir dengan kreativiti masing-masing menggayakan tema Merdeka dari aspek pakaian dan perwatakan. Barisan instruktor bertauliah dari KEFA yang diketuai oleh Coach Zarina Harun juga tidak ketinggalan mengenakan pakaian bertemakan kemerdekaan bagi memeriahkan lagi program ini. Para peserta bersemangat menjalani program aerobik yang berbentuk pertandingan ini selama 90 minit. Enam kategori telah dipertandingkan iaitu Peserta Paling Mengikut Tema, Peserta Paling Energetik, Peserta Paling Energetik Warga Emas, Peserta Paling Sporting dan Peserta Paling Ke Laut. Hadiah telah ditaja oleh KEFA dan Kelab Pelitawanis TNB Daerah Port Dickson. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Cik Siti Hajar Mohamad Arisselaku Timbalan Pengerusi 2 Kelab Pelitawanis TNB Daerah Port Dickson. Seterusnya Puan Siti Alifah Hamzah mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah menyampaikan sijil penghargaan manakala Puan Noormilah Abu Bakar, Presiden KEFA menyerahkan plaka penghargaan kepada Cik Siti Hajar Mohamad sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan kepada Kelab Pelitawanis Daerah Port Dickson atas jalinan kerjasama penganjuran program ini. Tahniah kepada semua peserta. Anda semua hebat Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan KEFA Group Official #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamUnitSukan #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #KEFAxELITAWANIS #miniaerobikthon