PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025 (SIRI 6)

TAMPIN, 30 Oktober 2025 (Khamis) – Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 6) yang telah diadakan di Taman Rekreasi Tampin. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Rakan Strategik Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Tampin dan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Tampin.
Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan.
Turut hadir bersama-sama melakukan aktiviti senamrobik ialah Dr. Jaspreet Kaur, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Tampin dan En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin
Malaysia Aktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search