PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2025 (SIRI 2)

SEREMBAN, 28 Oktober 2025 – Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Seremban 2025 (Siri 2) yang telah diadakan di Kolam Renang, Kompleks Sukan Tan Sri Dr Hj Mohd. Said, Seremban 2. Pengisian program kali ini adalah Terapi Air dan Aquarobik yang telah di kendalikan oleh Unit Pusat Fisioterapi, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban ini adalah bersama Rakan Strategik Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Labu dan Unit Pusat Fisioterapi, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban.
Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan.
Turut hadir memeriahkan program, Cik Reena Nornisha binti Nordin, wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dan Puan Raja Norshazwana binti Raja Wahid, Penyelia Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Labu.
Malaysia Aktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdseremban

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search